CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14882|Reply: 8

[Tempatan] Penipu licik ala filem 'Catch Me If You Can' ditahan polis selepas 6 tahun diburu

[Copy link]
Post time 4-10-2024 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-10-2024 07:27 PM


Penipu licik ala filem 'Catch Me If You Can' ditahan polis selepas 6 tahun diburu

Muhamad Lokman Khairi -
Oktober 4, 2024 @ 4:11am[email protected]




Mohamad Faizul Baharudin (kanan) dikawal polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini. - NSTP/L MANIMARAN




IPOH: Seorang penyamar licik seperti watak dimainkan pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio dalam filem Catch Me If You Can, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas tuduhan menipu tawaran pekerjaan.

Mohamad Faizul Baharudin, 44, yang berjaya ditahan polis Selasa lalu selepas dilaporkan menjadi buruan selama enam tahun, didakwa di hadapan Majistret Siti Nora Shariff, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntukan hukuman penjara antara satu tahun hingga 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh dilaporkan pernah menyamar sebagai timbalan pendakwa raya, juruterbang, jurutera syarikat minyak dan gas serta pelbagai profesion lain untuk memperdaya mangsa.

Bapa lima anak itu didakwa dengan curang menipu Latipah Ahmad Sudan, 60, dengan mendorong mangsa menyerah wang tunai RM24,000 untuk mendapat pekerjaan jurutebang yang tidak wujud.

Dia yang dituduh melakukan perbuatan itu di hadapan mesin ATM sebuah bank di Gunung Rapat, di sini, antara jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari, 22 Disember 2016 hingga 8 April 2018, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya, Nuranisah Ismah Muhammad Husaini menawarkan ikat jamin RM10,000, tetapi peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Robert S Gnanarajan yang mewakili tertuduh, memohon jaminan rendah.

Peguam memberi alasan Mohamad Faizul menanggung seorang isteri dan lima anak, selain tiada halangan sekiranya dikenakan syarat tambahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dan menetapkan 27 November depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan Harian Metro, berkata suspek ditahan jam 11.45 malam Selasa lalu di sekitar Ampang, Selangor.

Menurutnya, lelaki itu ditahan bersabit siasatan kes penipuan untuk mendapatkan pengesahan lesen juruterbang tidak wujud yang dilaporkan oleh seorang pengadu di Ipoh.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 11:35 AM | Show all posts
so, lepas nie boleh kerja dgn unit gerak khas, PDRM?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 04:07 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 4-10-2024 11:35 AM
so, lepas nie boleh kerja dgn unit gerak khas, PDRM?

frank abagnale jr. pakar kesan cek pelesu
tu yg mahal dimata fbi

yg brader ni nipu buta je
tak de tmpt lain lebih sesuai utk dia
jel dalammmmmm


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 05:01 PM | Show all posts
timbalan pendakwa raya, juruterbang, jurutera syarikat minyak dan gas serta pelbagai profesion lain untuk memperdaya mangsa.


nape tak nyamar jadi PM je, bole perdaya 24jam..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahan mmg bole...tp boleh didakwa ker ..dpt dihukum ?

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes sebelum ni pun lepas sbb mangsa sendiri yg terlentuk menyerah duit kerna suspek pandai mengayat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2024 05:48 PM | Show all posts
dia guna kerjaya untuk tipu orang je kan..
bukan pergi kerja macam leo or budak kat serdang tu..
kira hebat lagi la budak tu sampai boleh masuk OT segala..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 05:54 PM | Show all posts
Kurang cerdik dan tamak. Patutnya duit dah banyak, gi keluar negara lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.046887 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list