View: 14053|Reply: 0
|
[Tempatan]
Muak punca lebih 200,000 tak mengundi 10 PRK?
[Copy link]
|
|
Muak punca lebih 200,000 tak mengundi 10 PRK?
https://www.freemalaysiatoday.co ... ak-mengundi-10-prk/
Chia Wan Rou
04 Oct 2024, 08:00 AM
Bekas timbalan pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berkata pengundi perlu memanfaatkan sepenuhnya hak memilih wakil rakyat termasuk pada PRK.
Statistik menunjukkan lapan daripada 10 PRK selepas PRU15 dan PRN merekodkan peratusan pengundi rendah.
PETALING JAYA: Dianggarkan 266,000 daripada 677,739 pemilih berdaftar tidak mengundi pada 10 PRK selepas PRU15 dan PRN yang mungkin mencetus kebimbangan berkait penyertaan masyarakat dalam proses demokrasi.
Angka itu diperoleh hasil gabungan peratusan pengundi pada PRK peringkat Parlimen dan DUN terbabit berdasarkan data dikongsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti kenyataan media.
Pengiraan FMT mendapati, lapan PRK mencatatkan peratusan mengundi lebih rendah berbanding pada PRU15 atau PRN membabitkan kerusi Kuala Terengganu, Pulai, Pelangai, Jepak, Kemaman, Kuala Kubu Bharu, Sungai Bakap dan Mahkota.
Penurunan paling ketara direkodkan PRK Pulai iaitu kepada 47.3% berbanding 70.9% semasa PRU15, ketika kerusi itu dimenangi bekas menteri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai tahun lalu.
Peratusan mengundi pada PRK Kemaman dimenangi Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Moktar pula menurun kepada 65.7% berbanding 82.1% ketika PRU15, Jepak (62.9% kepada 48.5%) dan Sungai Bakap (76.8% kepada 63.4%).
Kuala Kubu Bharu (69.2% kepada 61.5%), Kuala Terengganu (79.1% kepada 73.3%), Pelangai (77.3% kepada 72.1%) dan Mahkota (57.3% kepada 53.8%).
Sementara itu, PRK Simpang Jeram mencatatkan peningkatan peratusan pengundi dari 54.7% pada PRN Johor 2022 kepada 60.8% manakala PRK Nenggiri pula meningkat dari 61% semasa PRN Ogos tahun lalu kepada 73.8%.
Dari segi jumlah pengundi pula, seramai 87,826 pemilih berdaftar tidak mengundi di Pulai, Kemaman (48,633), Kuala Terengganu (32,994), Mahkota (30,639) dan Kuala Kubu Bharu (15,487).
Simpang Jeram (15,828), Sungai Bakap (14,376), Jepak (11,024), Nenggiri (5,307) dan Pelangai (4,591).
Dianggarkan RM22.7 juta dibelanjakan untuk mengadakan 10 PRK terbabit bagi memilih wakil rakyat baharu susulan kematian penyandangnya dan diisytihar kosong seperti berlaku di DUN Nenggiri.
DUN Kelantan mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas penyandang Mohd Azizi Abu Naim terlucut keahlian sebagai ahli Bersatu kerana gagal mengisytiharkan taat setia kepada parti.
Bercakap kepada FMT, bekas timbalan pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berkata penurunan peratusan keluar mengundi pada PRK jika berterusan akan merugikan pengundi yang tidak menggunakan hak selain menjurus pembaziran.
Wan Ahmad Wan Omar.
Saya anggap jumlah rakyat tidak terbabit dalam urusan demokrasi itu terlalu besar, ini merugikan, katanya yang bersama SPR selama 16 tahun sebelum bersara pada 2013.
Beliau tidak menolak kemungkinan trend itu mungkin didorong rasa jemu dan muak terhadap kekerapan PRK selain beranggapan keputusan tidak memberi kesan kepada pentadbiran Putrajaya atau negeri.
“Contohnya peratusan keluar mengundi pada PRK Kuala Kubu Bharu rendah kerana orang tak kisah, menang kalah pun tak ubah apa-apa.
Adakala pengundi tak turun sebab sudah jangka parti mana boleh menang kerana kerusi itu kubu kuatnya, cuma kalau sengit baru mereka mengundi, katanya.
Apa pun sebaiknya pengundi guna hak mereka untuk memilih wakil rakyat baharu, jangan bazirkan undi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|