View: 29522|Reply: 0
|
[Tempatan]
Kes hasutan, hina Agong: Pemimpin PKR Sarawak Iswardy diperintah bela diri
[Copy link]
|
|
Kes hasutan, hina Agong: Iswardy diperintah bela diri
https://www.malaysiakini.com/news/721557
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Oct 4, 2024 6:42 PM
Dikemaskini: 6:42 PM
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan pemimpin PKR Sarawak, Iswardy Morni, agar membela diri dalam kes dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong.
Hakim Edwin Paramjothy memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap pengarah strategik PKR Sarawak itu.
Peguam Iswardy, Faizal Rahman, mengesahkan mahkamah jenayah membuat keputusan berkenaan pada akhir kes pendakwaan yang sebelum ini menyaksikan sembilan saksi memberi keterangan semasa perbicaraan penuh.
Peguam itu berkata perbicaraan peringkat pembelaan Iswardy dijangka bermula pada Nov namun memberitahu, mahkamah sedang memuktamadkan tarikhnya.
Iswardy, 47, berdepan dakwaan berhubung video yang dimuat naik pada 2021 berkenaan perintah kawalan keselamatan oleh kerajaan bertajuk Total lockdown: Apa yang kerajaan gagal belajar dalam setahun.
Pada 1 Jun tahun tersebut, Iswardy mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbau hasutan dan menghina Agong melalui laman Facebook ketua PKR Petra Jaya itu.
Iswardy didakwa mengeluarkan kenyataan itu menerusi laman Facebook Iswardy Morni Official di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pada jam 3 petang pada 29 Mei 2021.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang boleh dihukum denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tertuduh kini dibebaskan dengan ikat jamin.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|