View: 44931|Reply: 6
|
Mentaliti penghuni PPR Lembah Subang 1 terbaik - "Transformasi ini menggambarkan perubahan mentaliti penghuni di sebalik stigma negatif"
[Copy link]
|
|
Di sebalik pandangan negatif terhadap kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR), baru-baru ini viral transformasi menakjubkan berlaku di PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya, Selangor.
Ruang di tingkat enam blok D dan tingkat 13 blok A bangunan perumahan itu hingga menyerlah bagaikan lobi hotel mewah.
Transformasi yang dilakukan penduduk di aras berkenaan berjaya mengubah suai dan menghias bahagian koridor, tangga dan lif bangunan terbabit.
Difahamkan, kos bagi mengubah suai dilaporkan ditanggung secara bersama penghuni di aras berkenaan sempena pertandingan kebersihan dan keceriaan anjuran TinkCity dan K2K bermula dari 24 Ogos lalu sehingga 17 November ini.
Menurut Mohammad Mujaheed, inisiatif itu bukan sahaja mencerminkan kreativiti dan semangat juang penghuni, tetapi juga menunjukkan bahawa perubahan positif adalah perlu tanpa terlalu bergantung sepenuhnya kepada bantuan pihak berkuasa seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB).
Kata beliau, transformasi itu adalah hasil usaha kolektif penghuni yang bersatu hati dalam mengubah lobi flat kediaman mereka.
"Keberanian dan komitmen mereka tidak hanya mengubah wajah fizikal lobi, tetapi juga memperkukuh hubungan sosial antara penghuni menjadikan mereka lebih peka dan bertanggungjawab terhadap persekitaran sekeliling.
"Transformasi berkenaan juga membuktikan bahawa dengan semangat kerjasama dan kesedaran sivik, penghuni dapat memperbaiki keadaan perumahan mereka tanpa perlu menunggu bantuan daripada kerajaan," katanya.
Kata Mohammad Mujaheed, amalan itu seharusnya menjadi contoh bagi semua penduduk PPR lain bahawa perlu ada keberanian untuk bertindak dan mengambil inisiatif bagi mencantikkan ruang awam mereka.
"Transformasi ini menggambarkan perubahan mentaliti penghuni di sebalik stigma negatif yang sering menyelubungi kawasan PPR. Penghuni juga membuktikan bahawa mereka boleh menjadi agen perubahan," katanya.
Di samping itu, kejayaan penduduk PPR Lembah Subang 1 dalam mengubah lobi mereka juga dapat menjadi pendorong kepada program-program lain yang dianjurkan pihak berkuasa tempatan.
Ia termasuk program kesedaran mengenai kebersihan dan keselamatan yang boleh memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan penghuni.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
bagus program ni..perbangakan di flat2 ppr lama juga.dah macam apa tengok dari luar.kalau masuk dalam tak tahu lah |
|
|
|
|
|
|
|
Wow bagus2 teruskan usaha ni |
|
|
|
|
|
|
|
still x ble lawan penduduk yg extend rumah sampai terkeluar dari frame asal.
mengalahkan t20 |
|
|
|
|
|
|
|
mesti ada ID kat tingkat 6 & 13 ni.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|