CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57427|Reply: 19

Orang ramai parkir kenderaan di luar HRPB tidak disaman - Ketua Polis Perak

[Copy link]
Post time 4-10-2024 11:26 PM | Show all posts |Read mode





Ipoh: Polis masih tidak mengenakan saman kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan di luar pekarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) iaitu di Jalan Raja Ashman Shah di sini.


Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata kelonggaran sejak April 2023 itu hasil persetujuan bersama dengan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri A Sivanesan sebelum ini.


"Isu ini diangkat dan diberi perhatian berikutan kekurangan parkir di HRPB dan pembinaan Klinik Kesihatan Greentown yang baharu juga menyebabkan kawasan letak kenderaan semakin terhad.


"Tempat letak kenderaan di Velodrom Rakyat yang sebelum ini dicadangkan sebagai kawasan parkir alternatif juga tidak sesuai memandangkan ia agak jauh dari HRPB," katanya dalam kenyataan hari ini.


Azizi berkata kemudahan parkir baharu berdekatan HRPB juga perlu dibina bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di jalan berkenaan.


Sivanesan pada April tahun lalu memaklumkan telah mengadakan perjumpaan bersama Ketua Polis Perak ketika itu Datuk Mohd Yusri Hassan Basri bagi membincangkan mengenai isu parkir di HRPB.


Polis kemudian memberi kelonggaran dengan tidak mengenakan saman kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan di luar pekarangan HRPB, namun tertakluk kepada beberapa syarat iaitu tidak menghalang lalu lintas dan tidak diletakkan secara berlapis.




Sumber  – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 11:38 PM | Show all posts
kalau spital pun nak saman tak tahu lah..dah lah parking penuh.. lagi pun orang pergi spital bukan untuk fun. terpaksa dan nak lawat orang
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 04:22 AM | Show all posts
ni yang depan sekolah tu kan

penah datang beberapa kali, itupun naik grab je. jenuh datang tempat camni drive sendiri. cari parking je pusing bandar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape la wat planning sepital ni.
Leh kata semua sepital kalo p susah parking..
Mcm hr ni baru buat sepital.. Sebelom² ni tadak sepital.
Tak foresee kepentingan tempat parking.
Time hada appointment carik parking masyaaulohh... Stressss
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Di Malaysia ni kalau nak buat hospital kena sediakan parking sebesar parking stadium bukit jalil.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 5-10-2024 06:50 AM
Di Malaysia ni kalau nak buat hospital kena sediakan parking sebesar parking stadium bukit jalil.

Kena buat parking 10 tingkat gamaknya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 5-10-2024 05:37 AM
Sape la wat planning sepital ni.
Leh kata semua sepital kalo p susah parking..
Mcm hr ni baru buat  ...

kanzz.. isu parking ni dr zaman tok kaduk kot..tetap hospital yg baru dibina dlm masa 5-10 thn lps ni byk tak consider parking area yg mencukupi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya kaw parking boleh generate income, cth aeon caj customer average RM4/kereta, kalau 1 hari ada 5000 kereta x 4 = 20k, sebulan dah blh dpt 600k, setahun 7.2 j tu blm campur kompaun salah parking lebih masa dsb.....tarak fikirkan ini worang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik grab je la. Xyah senak otak carik parking. Nak turun depan lobi pun bole.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeke dari thn lps.thn ni je  bila bawak mak aku pegi klinik pakar byk kali gak nampak polis menyaman.belah anderson..belah spital.propa okehh
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 11:07 AM | Show all posts
pulaksss
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua hospital xcukup parking. Apooo
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 09:19 AM | Show all posts
staff je da penuh parking, staff selain misi dan dr termasuk pekerja catering, cleaner tukang kebun bla bla bla
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau hospital besar yg lama2 tu mmg boleh dimaafkan le sebab puluh2 tahun dulu time buat memang tengah pekan kete x banyak..tapi skang yg buat hospital2 baru even private pun arkiteknya tetap la lupa pasal parking. Lepas dh kena complain bagai baru le terhegeh hegeh nak wat parking bertingkat plak... So yg salah mmg arkitek atau perancang bandar pbt yg hauk menyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 02:09 PM | Show all posts
kena apply  kt hospital2 dan klinik2 lain..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup je hospital setel isu parking ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana mana spital sama.je isu nya..
Iols.kalau gi appt spital.private ke gomen.ke..mmg iols gi pkl 7am dah sampai..hahaha
Punya la nak dok dekat dgn pintu kan..hahaba
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada parking bertingkat baru.. tp khas untuk kakitangan. Ipoh xde komuter lrt... paham² jelah. Dulu² ramai je moto.. skrg sorg sebijik mpv
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada parking bertingkat baru.. tp khas untuk kakitangan. Ipoh xde komuter lrt... paham² jelah. Dulu² ramai je moto.. skrg sorg sebijik mpv
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 5-10-2024 05:37 AM
Sape la wat planning sepital ni.
Leh kata semua sepital kalo p susah parking..
Mcm hr ni baru buat  ...

HRPB ni spital lama.. dh berpuluh tahun usia dia. Bole dimaafkan. Patut spital yg baru buka kena ada perancangan betul2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.053270 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list