CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12871|Reply: 4

[Tempatan] KD Pendekar berjaya diapung semula - TLDM

[Copy link]
Post time 14-10-2024 08:33 AM | Show all posts |Read mode
KD Pendekar berjaya diapung semula - TLDM

https://www.malaysiakini.com/news/722484

Diterbitkan:  Oct 14, 2024 8:30 AM
Dikemaskini: 8:30 AM



Kapal Diraja (KD) Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang tenggelam pada 25 Ogos lepas akibat mengalami kebocoran dan kebanjiran besar berjaya diapungkan kembali petang kelmarin.

TLDM dalam kenyataan memaklumkan kapal itu diapung pada 4.38 petang menerusi operasi salvaj yang dapat diselesaikan meskipun berhadapan beberapa cabaran.

“Lokasi kapal berkenaan karam kini disahkan selamat dan tiada tinggalan peluru atau bahan letupan yang boleh mengancam keselamatan komuniti maritim khususnya yang sering menggunakan perairan itu.

“Masa hadapan kapal berusia lebih 45 tahun itu akan diputuskan bersekali dengan rancangan ‘Phasing In–Phasing Out’ kapal-kapal usang yang masih di dalam perkhidmatan secara menyeluruh selaras dengan Penjajaran Pelan Transformasi TLDM,” menurut kenyataan itu.

TLDM turut memaklumkan bahawa kapal itu sedang menjalani pembaikan awalan sebelum diserahkan kembali kepada TLDM, manakala punca dan faktor menyebabkan insiden berkenaan sedang disiasat lembaga siasatan.

Pada 25 Ogos, KD Pendekar dilaporkan mengalami kebocoran dan kebanjiran besar akibat terlanggar objek bawah air di kedudukan dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor sebelum tenggelam sepenuhnya pada petang hari yang sama.

Tiga hari selepas itu, seorang anggota penyelam TLDM Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa dilaporkan meninggal dunia ketika melakukan operasi salvaj kapal berkenaan.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 09:30 AM | Show all posts
Pada 25 Ogos, KD Pendekar dilaporkan mengalami kebocoran dan kebanjiran besar akibat terlanggar objek bawah air di kedudukan dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor sebelum tenggelam sepenuhnya pada petang hari yang sama.


objek ape tu

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 02:28 PM | Show all posts

batu karang, batu, pancang besi, pancang kayu, bagkai kapai/bot dan macam2 lagi dimana objek2 ni submerge (tenggelam dibawah paras permukaan air) menyebabkan kapal/bot yang tak nampak dan tak biasa dengankawasan tersebut berisiko terlanggar dan seterusnya menyebabkan kerosakan keatas badan (hull) kapal dan akan mengakibatkan kerosakan bergantung kepada impak pelanggaran.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 10:51 PM | Show all posts
Macam mana angkat naik tak cerita
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 10:52 PM | Show all posts
malarky replied at 14-10-2024 02:28 PM
batu karang, batu, pancang besi, pancang kayu, bagkai kapai/bot dan macam2 lagi dimana objek2 ni s ...

air cetek sangat ka?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.035108 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list