CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24561|Reply: 2

[Tempatan] Terpaksa tutup kedai, fenomena air pasang besar tiba awal

[Copy link]
Post time 14-10-2024 09:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 14-10-2024 02:06 PM

Sekinchan: Bukan hanya terpaksa tutup kedai, kawasan persekitaran turut dipenuhi lumpur dan sampah-sarap akibat banjir kilat.

Itu dihadapi peniaga di kawasan pelancongan Pantai Batu 23, Sungai Nibong di sini yang saban tahun berdepan fenomena air pasang besar.

Perkara ini bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga, malah menjejaskan keindahan pesisiran pantai itu juga apabila dicemari timbunan sampah.

Pekerja kedai makan, Abu Hadi Poniman, 50, berkata, setiap kali air pasang berlaku ia membawa bersama lumpur dan sampah yang menyebabkan kawasan berkenaan kotor.

"Dulu sebelum (pantai) ditambak, keadaan lagi teruk (barang kedai makan dihanyut), tetapi masalah lain timbul apabila banyak sampah hanyut kelihatan sebaik air surut," katanya.

Peniaga minuman, Mohd Azharul Abu Bakar, 34, berkata, banjir kilat yang disebabkan fenomena air pasang besar boleh dielakkan sekiranya faktor kebersihan diutamakan.

Dia berkata, setiap kali berlaku air pasang kawasan bersebelahan pesisiran pantai ditenggelami air.

"Pihak berwajib perlu turun padang memastikan saluran longkang di kawasan tumpuan pelancongan ini tidak tersumbat dan terhalang daripada objek.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 60, berkata, fenomena air pasang besar kali ini tidak seteruk tahun lalu selepas pihak berkuasa menaik taraf benteng penahan di pesisiran pantai.

"Syukurlah keadaan sekarang terkawal apabila air laut yang melimpah ke kedai makan dan kawasan sekitar cepat surut dan tidak seperti dahulu.

"Biasanya, banjir kilat berlaku dalam tempoh 30 minit sahaja dan keadaan itu bertambah baik jika sistem perparitan tidak tersumbat dan diselenggara sempurna," katanya.

Ikuti penjelasan pihak berkuasa berhubung isu ini dalam terbitan Harian Metro esok.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2024 12:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 09:16 PM | Show all posts
peralihan monsoon...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.043222 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list