CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14489|Reply: 10

[Tempatan] Pinjaman koperasi 'godaan baharu' penjawat awam buat hutang, tingkat risiko muflis

[Copy link]
Post time 15-10-2024 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Pinjaman koperasi 'godaan baharu' penjawat awam buat hutang, tingkat risiko muflis

https://www.bharian.com.my/berit ... buat-hutang-tingkat

Oleh Bernama - Oktober 15, 2024 @ 7:20am


Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan Jabatan Insolvensi dalam tempoh empat tahun lalu membabitkan penjawat awam.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk M Bakri Abd Majid dipetik berkata sesetengah kes itu membabitkan penjawat awam sendiri yang memohon diisytiharkan muflis bagi mengurangkan tekanan hutang yang ditanggung sejak sekian lama.

Sejak beberapa tahun ini, isu penjawat awam muflis atau berada dalam kebankrapan semakin membimbangkan.

Pakar melihat isu kebankrapan, khususnya dalam kalangan penjawat awam, berpunca daripada keinginan untuk mengikut trend semasa dan bergaya, namun dikekang oleh pendapatan yang seterusnya mendorong mereka berhutang.

Rata-rata juga bagaikan berpegang pada prinsip "biar papa, asal bergaya", membuatkan mereka tidak teragak-agak berhutang demi memenuhi keinginan, yang kemudian dikongsikan di media sosial sebagai lambang status.

SEKALI TERJERAT SUKAR UNTUK LEPAS

Data Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menunjukkan dalam kebanyakan kes muflis, penggunaan kad kredit adalah antara penyumbang utama.

Menurut pakar kewangan Islam dan kewangan Islam korporat Norasikin Salikin, mereka yang mudah terjebak dalam masalah ini ialah orang muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Mengulas lanjut, pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia itu berkata tambah memburukkan keadaan, pekerja muda ini sering diuar-uar akan kepentingan kemudahan kewangan tersebut oleh institusi kewangan.

"Mereka yang baru mengenal atau baru memiliki kad kredit lazimnya sukar mengawal perbelanjaan, dan akhirnya penggunaan (kad kredit) itu akan mencapai had maksimum," katanya dalam temu bual dengan Bernama, di sini baru-baru ini.

Katanya, rentetan hutang kad kredit yang tidak mampu dilangsaikan, mereka berkecenderungan membuat pinjaman peribadi bagi menyelesaikan bebanan hutang tertunggak itu.

Tambah beliau, ada juga penjawat awam yang bertindak membuat pembiayaan bertindih (overlap) bagi menyelesaikan pinjaman peribadi terdahulu.

"Situasi ini berlaku apabila hutang kad kredit diselesaikan dengan pinjaman peribadi yang pertama, namun tanpa sedar mereka masih menggunakan kad kredit untuk berbelanja. Jadi, mereka membuat overlapping pinjaman peribadi sebagai langkah melunaskan pinjaman peribadi sebelum ini dan hutang (baharu) kad kredit.

"Kitaran ini akan berlanjutan sehinggalah mereka tidak mampu lagi melunaskan semua hutang tersebut dan mereka akan berdepan dengan tindakan kebankrapan," katanya.

KOPERASI "GODAAN BAHARU" PENJAWAT AWAM BERHUTANG

Pada masa sama, Norasikin tidak menolak tindakan bank dan institusi kewangan yang bagaikan "menyasarkan" penjawat awam menerusi pelbagai tawaran termasuk kadar faedah bayaran balik rendah, turut berpotensi menjerat golongan ini dalam beban hutang, khususnya hutang yang tidak perlu.

"Tidak dinafikan institusi kewangan turut menyumbang dalam isu ini. Promosi yang giat dijalankan oleh bank dan koperasi dengan kadar faedah rendah dan syarat yang mudah, secara tidak langsung menarik penjawat awam untuk membuat pinjaman," katanya.

Tambah memudaratkan, kata beliau, ada institusi kewangan yang tidak mengambil kira komitmen kewangan bakal peminjam sekiranya komitmen itu tidak tercatat di dalam penyata gaji.

"Sepatutnya pihak bank atau institusi kewangan membuat semakan komitmen kewangan menyeluruh serta mengetatkan nisbah hutang kepada 40 peratus sahaja daripada keseluruhan gaji, berbanding 60 peratus sekarang," usul beliau.

Pandangan senada turut disuarakan pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Dr Khadijah Md Ariffin yang berkongsi kebimbangan mengenai kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh koperasi.

Beliau berkata, ini kerana institusi itu yang wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, menjadi tumpuan penjawat awam untuk melakukan pinjaman.

Jelas beliau lagi, pinjaman koperasi lebih popular dalam kalangan penjawat awam kerana institusi itu menawarkan kadar faedah dan kriteria pinjaman yang lebih kompetitif berbanding bank.

Selain itu, katanya, kebanyakan koperasi tidak mementingkan penilaian skor kredit bakal peminjam sebelum meluluskan permohonan.

"Bank mempunyai penilaian kredit yang agak ketat berbanding koperasi. Keperluan dokumen sokongan untuk sebarang permohonan pinjaman koperasi juga tidak sebanyak yang diminta oleh pihak bank.

"Ini yang membuatkan penjawat awam cenderung mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan tersebut. Sekiranya penjawat awam berkeupayaan membuat bayaran balik mungkin isu kebankrapan tidak akan terjadi," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Presiden Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah sebagai berkata, agensi itu menguruskan bayaran balik berjumlah RM1.2 bilion sebulan atau RM14.4 bilion setahun, membabitkan kira-kira 800,000 penjawat awam yang membuat pinjaman dengan pelbagai institusi kewangan dan koperasi.

Menurut Abdul Fattah, kebanyakan penjawat awam gred 41 ke bawah membuat pinjaman peribadi kerana gaji yang agak rendah dan jumlah kenaikan tahunan juga tidak seberapa.

TIADA ILMU KEWANGAN

Mengulas lanjut, Khadijah berkata, ketiadaan ilmu menguruskan kewangan turut menjadi punca keberhutangan yang serius dalam kalangan penjawat awam.

Sehubungan itu, katanya, cara yang paling strategik untuk menangani isu tersebut adalah dengan memberi pendedahan kepada mereka mengenai pengurusan kewangan yang bijak.

"Kerajaan boleh mewajibkan semua kakitangan untuk menghadiri sekurang-kurangnya satu kursus pengurusan kewangan setiap tahun bagi mencapai Indeks Petunjuk Prestasi latihan masing-masing.

"Kursus ini boleh merangkumi pelbagai aspek pengurusan kewangan termasuk belanjawan, aliran tunai, strategi pembayaran hutang serta pengurusan simpanan dan pelaburan," tambahnya.

Selain daripada itu, kerajaan boleh memanfaatkan fungsi AKPK dengan mengadakan libat urus bersama penjawat awam dari semasa ke semasa, memandangkan ramai penjawat awam mempunyai masalah kewangan namun tidak tahu atau malu untuk mendapatkan nasihat daripada agensi tersebut.

Beliau turut mengesyorkan penjawat awam yang dikenal pasti mempunyai hutang melebihi kadar ditetapkan diwajibkan menghadiri kursus kewangan bagi mengelakkan mereka diisytiharkan muflis.

"Kerajaan juga boleh menyediakan platform untuk memberikan sokongan emosi kepada mereka yang tertekan akibat masalah kewangan. Gangguan kesihatan mental ini memberikan impak kepada prestasi kerja penjawat awam yang akhirnya merugikan kerajaan sendiri,'' katanya.

KOS SARA HIDUP

Menyifatkan kegagalan pengurusan hutang dalam kalangan penjawat awam sebagai isu kompleks kerana ada masanya mereka terjerat dengan hutang yang tidak perlu, Khadijah berkata, ada antara mereka yang dicap sebagai kelompok "tutup hutang lama buat hutang baharu" atas pelbagai alasan termasuk peningkatan kos sara hidup.

Malah, katanya, kebanyakan kes terperangkap dalam keberhutangan yang tinggi adalah disebabkan oleh kegagalan mereka menganalisis tahap "kesihatan kewangan" masing-masing, antaranya tidak mengambil kira komitmen kewangan dalam jangka panjang serta situasi ekonomi semasa negara dan dunia.

"Faktor kritikal ialah mereka ini tidak mengukur baju di badan sendiri.

"Kehendak yang kadangkala disalah tafsir menjadi keperluan juga membuatkan penjawat awam terjerat dengan hutang yang tidak perlu," jelasnya.

Seorang penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Anis, 32, mengakui kadar gaji rendah antara faktor yang menyebabkan dia dan rakan sekerjanya mudah membuat pinjaman.

Kongsinya, bermula dengan pinjaman peribadi dalam jumlah kecil, dia seterusnya terperangkap dengan hutang mencecah puluhan ribu ringgit apabila membuat pinjaman seterusnya.

Keadaan itu membuatkan dia serik kerana mendapati amat sukar untuknya melunaskan pinjaman berkenaan.

"Bila gaji kecil susah nak beli apa-apa. Bila buat pinjaman dapatlah duit dalam jumlah besar, tetapi itulah... duit itu sekejap sahaja dah habis sedangkan nak bayar (balik) hutang bertahun-tahun lamanya.

"Banyak juga tengok rakan-rakan naik gaji sedikit sahaja terus buat hutang, mungkin (mereka) dah terbiasa berhutang. Bagi saya perlu elakkan berhutang... biarlah hidup biasa-biasa sahaja janji tidak sakit kepala (nak bayar hutang)," katanya.

Isu keberhutangan serius tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan penjawat awam kerana hal itu merupakan pelanggaran Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika siapa ada hutang kad kredit skrg maybank tgh promo balance transfer 12bulan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 03:11 PM | Show all posts
vespa_oren replied at 15-10-2024 01:28 PM
Jika siapa ada hutang kad kredit skrg maybank tgh promo balance transfer 12bulan

conventional saja ke islamic juga?


Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 03:40 PM | Show all posts
Oberlap

sy musti pileyy
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
panjangnya karangan khas utk org suka berhutang.

hutang la byk mana pun kalau mampu bayar
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat hutang byk² lepas tu salahkan bank negara dan kerajaan naikkan opr,salahkan dan tuduh bank makan riba...masa sign tak da pulak byk bunyi kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 15-10-2024 03:11 PM
conventional saja ke islamic juga?

Rasa mcm dua2
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu koperasi aku join ada qardhul hassan.. pinjaman 0%.. aku byk kali buat loan ni utk topup buat resort aku dulu.. collateral cuma amount simpanan dlm akaun tu.. kalo nak pinjam 70k, ko kena ada 70k dalam akaun... masa dulu2 dividen double digit..

pastu starting 2015 koperasi tu dah hapuskan pinjaman qardhul hassan.. in 2020 aku surrender keahlian sbb masa covid tu dia bgi dividen 1.5% je.. paling teruk sepanjang aku jadi ahli semenjak 2005...


Faedah2 ahli koperasi pun dah makin berkurang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg je acik gomen wat hutang byk².
Sampai moplis
Dh bodo xreti ukur baju kt badan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
tak mengapa...bangkrap 10 kali pun...org gomen masih ada kerja...malah bahagia lagi..syurga katanya sbb gaji dah penuh kembali..

tapi tulah..dah bangkrap2 tu masih juga nak riki2 loan computer katanya...alasan sebab layak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.062043 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list