CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14807|Reply: 9

[Tempatan] Pemandu bas terbabit kemalangan maut positif dadah

[Copy link]
Post time 15-10-2024 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Pemandu bas terbabit kemalangan maut positif dadah

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -maut-positif-dadah

Abdul Rahemang Taiming
[email protected]

Disiarkan pada: Oktober 15, 2024 @ 8:30am


BAS sekolah berkenaan. FOTO Ihsan Bomba.

Tawau: Pemandu bas sekolah yang terbabit dalam kemalangan hingga mengakibatkan seorang remaja 19 tahun maut di Batu 3, Jalan Tawau-Kalabakan, dekat sini, semalam, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, hasil ujian mendapati lelaki berumur 37 itu berada di bawah pengaruh dadah.

Menurutnya, siasatan lanjut juga mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

"Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jasmin berkata, dalam kemalangan jam 2 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal terperosok di bawah bas sekolah berkenaan, sebelum dikeluarkan oleh pasukan bomba.

"Orang awam yang menyaksikan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan ini diminta untuk tampil ke pejabat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi sejauh 86 kilometer sebaik menerima panggilan berhubung kejadian, pada 2.10 petang.

Menurutnya, sebaik sampai, didapati kemalangan membabitkan sebuah bas sekolah yang bertembung dengan sebuah motosikal Modenas.

"Terdapat seorang penunggang motorsikal terperosok di bawah bas dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan operasi ditamatkan pada 4.50 petang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbabit tak mengapa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak mengapa
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni x boleh dakwa 'membunuh' ke??? Atau...sekadar...'kemalangan membawa maut'???
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 15-10-2024 12:26 PM
Terbabit tak mengapa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak mengapa:r ...

ko ni..asyik TER..melalut jer...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 15-10-2024 12:32 PM
ko ni..asyik TER..melalut jer...

Tak sengaja
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 15-10-2024 12:27 PM
Yg ni x boleh dakwa 'membunuh' ke??? Atau...sekadar...'kemalangan membawa maut'???

Didakwa pun under akta JPJ, bukan 302.
Lepas ni sesiapa nak bunuh orang, buat macam ianya kemalangan jalanraya. Hukuman pun tak seberat 302

Nak best guna la kad OKU. Orang bukit sana selalu guna kad OKU bila kena dakwa langgar orang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 15-10-2024 12:37 PM
Didakwa pun under akta JPJ, bukan 302.
Lepas ni sesiapa nak bunuh orang, buat macam ianya kemalang ...

Eh! yg kt ganu tu bkn 'dakwa' membunuh ke...apa beza 'gila ngn lalok'???
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 15-10-2024 04:17 PM
Eh! yg kt ganu tu bkn 'dakwa' membunuh ke...apa beza 'gila ngn lalok'???

Oh yes. Baru baca berita tu. Yang kat ganu tu kena 302. Mungkin makcik tu ada niat nak langgar budak2 tu walaupun dia gila.

Yang si lalok ni takde niat tapi disebabkan lalok so tak sangkut 302. Mungkin lah.

Tapi tak kisah la mana2 pun. Gila ke, lalok ke, mabuk ke. Dah langgar orang sampai mati tu patutnya charge under 302 je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 15-10-2024 07:25 PM
Oh yes. Baru baca berita tu. Yang kat ganu tu kena 302. Mungkin makcik tu ada niat nak langgar bud ...

tu..la.Bukan ke lalok,mabok,gila tu semua dlm kategori..TAK WARAS...awat undang2 beza bezakan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi bahaya betul la pendadih bawak bas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.164375 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list