View: 34558|Reply: 7
|
Dasar permohonan sijil halal kekal bersifat sukarela - PM
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju mengekalkan dasar sedia ada permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan majlis agama Islam (Main) atau jabatan agama Islam negeri (Jain) bersifat sukarela.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan semasa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 September lalu.
"Dasar ini terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia serta perundangan yang berkuat kuasa," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) mengenai dasar kerajaan kerajaan berkaitan sijil dan logo halal.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, sebanyak 9,440 syarikat adalah pemegang SPHM yang sah merangkumi semua skim pensijilan berdasarkan rekod sehingga 7 Oktober.
Katanya, sebanyak 2,463 jumlah permohonan juga sedang diproses oleh Jakim, Main dan Jain.
"Berhubung dengan tempoh masa yang diambil untuk memproses permohonan sijil halal, Jakim dan Main atau Jain menetapkan keputusan permohonan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh dokumen permohonan diterima.
"engiraan tempoh ini hanya tertakluk kepada proses di pihak Jakim atau Main atau Jain sahaja dan sebarang tempoh yang membabitkan tindakan di pihak industri tidak diambil kira," katanya.
Menurutnya, komitmen itu dilaksanakan sepenuhnya oleh Jakim sejak Januari 2024, manakala di pihak Main atau Jain pada bulan Julai 2024.
"Setakat 31 Julai 2024, Jakim berjaya menguruskan 96 peratus permohonan SPHM dalam tempoh 30 hari manakala pencapaian tempoh pengurusan SPHM di negeri-negeri ialah 86 peratus setakat 30 Jun 2024," katanya.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tanya Akmal belum? ini macam beri kemenangan mudah pada DAP. Sia2 dia berjuang sampai merisikokan spender beliau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi dh tahu takde halal letak lah dekat pintu masuk tu restoren non halal.. nak jual dekat orang islam sila apply halal.. simple |
|
|
|
|
|
|
|
iols lg heran kalau non muslim tak brminat nak apply sijil halal. u apply sijil tu then kan senang nak attract customer meleis? x rugi apa pun. kita pun tenang nak lepak makan kedai tu. |
|
|
|
|
|
|
|
orang kita ni xsuka dipaksa paksa..xperasan ke...paderhal lg ramai non muslim apply halal dr muslim kot...tgkla business monopoly by siapa... |
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas: iols lg heran kalau non muslim tak brminat nak apply sijil halal. u apply sijil tu then kan senang nak attract customer meleis? x rugi apa pun. kita p ... Dah tu camne dia nak jual Bak Kut Teh terbaik di Asia serta Pork belly salai terbaik dunia? Dah target market dia bukan Muslim pun, nak paksa dia apply sijil Halal apa bikin?
|
|
|
|
|
|
|
|
Isninselasarabu replied at 15-10-2024 09:04 PM
Tapi dh tahu takde halal letak lah dekat pintu masuk tu restoren non halal.. nak jual dekat orang is ...
kan.. govt patut strict kan benda ni utk restaurant.. |
|
|
|
|
|
|
|
tiada paksaan dalam beragama, dah rasanya mungkin itulah jua tiada paksaan utk ambil sijil halal. Maka, pengguna islam kena tolak produl2 yg tiada tanda halal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|