View: 31879|Reply: 7
|
Israel bom kampung penduduk Kristian di utara Lubnan, 23 orang termasuk sekurang-kurangnya 12 wanita dan dua kanak-kanak
[Copy link]
|
|
Aito: Elie Alwan melindungi keluarga Syiah yang berpindah dari selatan Lubnan di perkampungan penduduk majoriti Kristian, percaya bahawa mereka akan selamat di situ. Sebaliknya, serangan udara Israel membunuh mereka, memusnahkan rumahnya dan mencederakan ibunya.
Serangan 14 Oktober lalu di perkampungan Aito di utara Lubnan di daerah Zgharta mengorbankan 23 orang, termasuk sekurang-kurangnya 12 wanita dan dua kanak-kanak, kebanyakan mereka berpindah dari selatan Lubnan, menurut Agensi Berita Nasional.
"Ia adalah pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di rumah saya," kata Alwan, 42.
Serangan itu, yang memusnahkan seluruh keluarga, adalah kali pertama kampung pergunungan itu diserang Israel, yang kebanyakannya menyasarkan kubu kuat Hizbullah yang dikuasai Syiah.
Bangunan empat tingkat yang didiami Alwan musnah, dan keluarga pelarian yang dikenalinya selama 15 tahun itu terkorban.
"Mereka adalah keluarga yang baik," kata bapa kepada empat anak itu.
Tompokan darah masih kelihatan di tanah.
"Saya mengalu-alukan mereka sebagai kawan."
Michel Moawad, seorang ahli parlimen yang menentang Hizbullah dan berasal dari wilayah itu berkata, serangan menyasarkan seorang anggota kumpulan militan pro-Iran.
Seorang pegawai keselamatan, bercakap tanpa nama kepada AFP berkata, serangan itu berlaku sejurus selepas seorang lelaki tiba dengan kereta di bangunan itu untuk melawat keluarga yang dipindahkan.
"Saya salahkan lelaki yang datang ke sini. Kenapa awak masukkan kami ke dalam kekacauan ini?" kata Alwan, yang kini terpaksa menyewa rumah di bandar pesisir pantai Chekka, beberapa kilometer jauhnya.
Dia tidak berada di Aito semasa serangan, tetapi ibunya cedera di kaki dan dirawat di hospital.
Ketika jengkaut bekerja untuk membersihkan jalan gunung, sehari selepas serangan, bau busuk mayat dan jasad kelihatan di dalam parit di tepi jalan.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
org kristian tak nampak kekejaman begini... |
|
|
|
|
|
|
|
ha kristian sedunia tak marah ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kata ummah kristian kat borneo?
Aritu gara2 kes acik palestine ngamuk2 baling pasu tu baru tau belah borneo kureng ngn palestine ni |
|
|
|
|
|
|
|
semua bangsa lain adalah haiwan bagi zi0n157 |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai tidak tahu damour massacre... Damour itu tidak jauh dari tempat sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
true...zionist tidak peduli, manusia lain adalah binatang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|