CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29712|Reply: 0

[Sarawak] Tebingan Kuching bakal meriah sempena Festival Regata Sarawak-Kuching Waterfront 2024

[Copy link]
Post time 16-10-2024 11:59 PM | Show all posts |Read mode

KUCHING: Tebingan Kuching bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sempena Festival Regata Sarawak-Kuching Waterfront 2024 dari 25 Oktober hingga 3 November ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, acara kemuncak festival tersebut ialah Regata Sarawak dan Regata Bot Naga Antarabangsa Sarawak.

"Kira-kira 2,000 peserta dari luar dan dalam Malaysia mewakili 61 pasukan dari 21 negara akan mengambil bahagian dalam Regata Bot Naga Antarabangsa Sarawak Ke-10 dari 25 hingga 27 Oktober 2024.

"Sementara perlumbaan perahu Regata Sarawak akan diadakan dari 1 hingga 3 November di Sungai Sarawak di sepanjang Tebingan Kuching," kata Abdul Karim pada sidang media di Hotel Waterfront hari ini semasa majlis penyampaian tajaan.

Sejumlah kira-kira RM1.5 juta diterima penganjur dengan RM500,000 daripada Petros sebagai penaja platinum, RM300,000 setiap satu daripada Petronas, Petra Energy Berhad dan Bintulu Port Holdings sebagai penaja emas dan RM50,000 daripada JX Nippon Oil & Gas Exploration (Malaysia) Limited sebagai penaja gangsa.

Penaja bersama lain termasuk Sarawork Sdn Bhd, Hock Peng Reality Sdn Bhd, Ta Ann Holdings Berhad, Borneo Housing Mortgage Finance Berhad, Sarawak Plantation Berhad dan MOMA Water.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penaja yang telah menyumbang dalam penganjuran Festival Regata Sarawak-Kuching Waterfront ini.

"Premier kita (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) akan melakukan upacara menitik mata naga dan merasmikan pembukaan Regata Sarawak pada 26 Oktober 2024, manakala Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan menyaksikan perlumbaan Piala Raja Sungai pada 3 November 2024.

"Aktiviti lain ialah Showcase Usahawan Sarawak, Festival Kraf Borneo, Demonstrasi Masakan, Festival Gendang Melayu Sarawak," tambah Abdul Karim.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chew Yew, Setiausaha Tetap kementerian Datu Sherina Hussaini dan Residen Kuching Joanita Azizah Abang Morhsidi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.039688 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list