CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15034|Reply: 0

[Sabah] Suami isteri mengaku tidak bersalah buat tuntutan palsu lebih RM600,000

[Copy link]
Post time 17-10-2024 04:27 PM | Show all posts |Read mode


RASUAH: Tertuduh keluar dari bilik mahkamah untuk membayar ikat jamin selepas prosiding dilakukan.

TAWAU: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini hari ini atas 15 pertuduhan menggunakan dokumen palsu bernilai keseluruhan RM655,512, pada 11 tahun lalu.

Dokumen palsu itu digunakan sebagai tulen oleh kedua-dua tertuduh bagi menuntut bayaran kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Tertuduh iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Junaidi Abdul Rahman, 63, dan isterinya, Pegawai Eksekutif Albina Ogor Abdullah, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan mereka dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga.

Mengikut semua pertuduhan Junaidi didakwa dengan curang menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen kepada SESB bagi pembayaran sejumlah 260,000 liter diesel ke Stesen Janakuasa Tawau, di sini antara 8 hingga 11 April 2013.

Tuntutan itu menyebabkan SESB membayar sebanyak RM655,512 kepada syarikat Petrohub Corporation Sdn Bhd (PCSB) milik tertuduh yang mana dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu.

Tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Albina turut didakwa atas 15 pertuduhan bersubahat dengan suaminya mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 471 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Sapifie dan Pegawai Pendakwa SPRM Sabah Norsham Saharom, sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Jason membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan berserta syarat tambahan dan menetapkan 3 Disember depan untuk sebutan semula kes.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.665427 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list