CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22647|Reply: 0

[Sabah] Masyarakat kekal harmoni, contohi perilaku Nabi Muhammad

[Copy link]
Post time 17-10-2024 04:31 PM | Show all posts |Read mode


PEMENANG: Hajiji menyampaikan hadiah kepada pemenang kontinjen teramai sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Tuaran.

TUARAN: Rakyat negeri ini perlu sentiasa mencontohi perilaku Nabi Muhammad SAW dalam mengekalkan keharmonian antara masyarakat.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, keharmonian pelbagai kaum dan agama di negara ini harus terus dijaga dengan mencontohi Nabi Muhammad SAW dalam segala perilaku dan usahanya menjaga hubungan antara umat Islam serta bukan Islam.

"Budi pekerti Rasulullah ini juga memberi pengajaran bahawa umat Islam mestilah mengikis sikap mudah selesa, mudah berpuas hati dengan pencapaian yang ada, sebaliknya perlu sentiasa bekerja dan berusaha ke arah mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

"Justeru, saya mahu rakyat agar bersama-sama kerajaan dengan memainkan peranan masing-masing terutama sekali dalam membantu menjayakan setiap agenda pembangunan negeri ini," katanya pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tuaran Tahun 1446 Hijriah/ 2024M di sini hari ini.

Beliau berkata, sambutan Maulidur Rasul yang diadakan bukan sekadar untuk memperingati dan meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW semata-mata, sebaliknya menjadi wadah untuk mengikis mentaliti cepat puas hati dan membebaskan diri daripada perangkap zon selesa (complacency) terutama sekali dalam kalangan anak-anak muda dan belia.

Hajiji berkata, semangat Maulidur Rasul perlu terus disemarakkan dan disemai dalam jiwa setiap umat Islam sebagai bukti ketulusan cinta terhadap Rasulullah SAW.

"Saya ingin mengajak kita semua untuk merenung kembali perjalanan hidup Rasulullah SAW, yang penuh dengan pengajaran dan hikmah. Baginda bukan sahaja seorang Rasul, tetapi juga seorang pemimpin, pendidik dan contoh teladan yang agung," katanya.

Menurutnya, kejayaan sesebuah negara tidak dicapai dalam sehari, tetapi melalui usaha yang berterusan dan komitmen semua pihak dari kepimpinan yang berwawasan hingga kepada penglibatan aktif rakyat.

Katanya, setiap elemen memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan negeri dan negara dengan menggabungkan kekuatan pelbagai aspek.

"Sesebuah negara boleh mencapai kejayaan yang mampan, menyeluruh bagi memastikan kesejahteraan serta kemakmuran rakyat dapat dicapai.

"Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi titik tolak bagi kita untuk terus memperkukuhkan integriti, etika, dan kemajuan dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

"Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada ajaran dan kehidupan Rasulullah SAW untuk terus maju dan berdaya saing dalam mengangkat martabat umat, negeri dan negara kita," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.550116 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list