CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30787|Reply: 0

[Sarawak] Pemergian Allahyarham Ariffin kehilangan besar buat IPD, masyarakat Sibu

[Copy link]
Post time 17-10-2024 04:37 PM | Show all posts |Read mode


Wakil IPD Sibu menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Ariffin, Haminah Abdul Rahman (tengah) selesai upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang, Sibu pagi tadi.

SIBU: Pemergian Allahyarham DSP (B) Ariffin Bahar merupakan satu kehilangan besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Ibu Pejabat Polis (IPD) Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili yang menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham awal pagi tadi berkata, Allahyarham merupakan bekas pegawai yang komited, berintegriti dan sentiasa meletakkan keselamatan masyarakat sebagai keutamaan.

"Jasanya akan terus dikenang oleh kita semua," kata Zulkipli.

Terdahulu, Allahyarham Ariffin, 62, bekas Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPD Sibu menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital pakar di sini pada jam 12.15 pagi tadi.

Allahyarham yang pernah berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam menjaga keselamatan komuniti di Sibu, meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Allahyarham dikenali sebagai seorang pegawai polis yang berdedikasi dan berintegriti tinggi sepanjang kerjayanya dalam pasukan PDRM dan sumbangannya dalam memastikan kesejahteraan masyarakat khususnya di Sibu akan terus dikenang oleh rakan-rakan seperjuangan dan penduduk setempat.

Jenazah Allahyarham telah disolatkan di Masjid An Nur dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang di sini sekitar 11.45 pagi tadi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.053096 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list