CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30791|Reply: 0

[Sarawak] SDNU Sibu adakan sambutan ulang tahun ke-50 bermula 23 November

[Copy link]
Post time 17-10-2024 04:38 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail

SIBU: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-50 dari 23 November hingga 7 Disember ini.

Setiausahanya Samuel Sila Mathew Unjah (gambar) berkata, pelbagai acara akan diadakan sempena sambutan tersebut.

"Sambutan akan dimulakan dengan Doa Kesyukuran pada 23 November di Rumah SDNU Sibu, Taman Bougenvilla, Batu 8, Jalan Sibu-Ulu Oya.

"Kemudian, pada 30 November program sambutan akan diteruskan dengan Fun Walk di Taman Tasik Permai dan kempen derma darah beserta pemeriksaan kesihatan di tempat yang sama," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Samuel memberitahu, kemuncak sambutan adalah Majlis Makan Malam Jubli Emas pada 7 Disember di Good Happiness Restaurant, Jalan Pahlawan.

Menurutnya lagi, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijangka hadir menyerikan majlis sebagai tetamu kehormat bersama-sama tetamu kehormat lain termasuk bekas pemimpin SDNU Sibu.

"Tema sambutan kita kali ini ialah 'From Roots To Wings, The Journey Continues' adalah bertepatan dengan inti pati pertumbuhan SDNU Sibu yang berdaya tahan di mana usahanya diteruskan oleh pemimpin dahulu dan sekarang.

"Semasa majlis makan malam, akan ada penghormatan kepada bekas pemimpin cawangan, pembentangan mengenai sejarah cawangan dan anugerah untuk ahli atau anak mereka yang cemerlang dalam akademik," jelasnya.

Beliau berkata, majlis itu merupakan peristiwa penting bagi SDNU Sibu kerana ia menandakan tahun ke-50 penubuhan cawangannya.

Jelasnya lagi, SDNU Sibu didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 7 Disember 1974, di mana cawangannya diasaskan bermula dengan sebuah pejabat serba sederhana di Methodist Iban Centre, Queen’s Way yang diketuai pengerusi pertamanya mendiang Temenggung Jonathan Bangau Renang.

Sejak permulaannya yang sederhana tambahnya, SDNU Sibu telah berkembang dengan pesat menjadi cawangan SDNU terbesar di Sarawak.

Sementara itu, orang ramai yang berminat menyertai majlis bersejarah ini bolehlah membeli tiket makan malam dengan menghubungi Samuel Sila di talian 013-7117477 atau Bendahari SDNU Sibu Athanasius Jala (013-8165667).


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.047113 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list