CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31833|Reply: 0

[Sarawak] UKAS, kementerian lain berperanan salur maklumat secara terang, berkesan kepada rakyat

[Copy link]
Post time 17-10-2024 04:44 PM | Show all posts |Read mode


Abdullah (tengah) berucap pada sesi dialog Making Connections 2024 anjuran UKAS bersama Hii (dua kiri) dan Samuel (dua kanan) serta yang lain. - Gambar UKAS
KUCHING: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan kementerian lain berperanan menyampaikan maklumat mengenai projek atau dasar kerajaan Sarawak secara terang serta berkesan kepada semua rakyat sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, kerajaan Sarawak berusaha untuk merapatkan jurang komunikasi di antara kawasan bandar dan luar bandar di negeri ini.

Menurutnya, komunikasi harus dilaksanakan mengikut konteks Sarawak iaitu mengetahui keperluan penduduk di negeri ini, sama ada penduduk di bandar ataupun luar bandar.

"Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah membangunkan pelbagai projek seperti Dana Berdaulat, Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) dan lain lagi.

"Ia merupakan peranan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan kementerian lain untuk menyampaikan informasi mengenai projek atau dasar kerajaan Sarawak secara terang dan berkesan kepada semua rakyat," jelasnya seperti dilaporkan UKAS.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog Making Connections 2024 anjuran UKAS yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee berkata, kawasan luar bandar dan bandar mempunyai tahap kebolehcapaian yang berbeza kepada infrastruktur.

"Mekanisme yang digunakan untuk merapatkan jurang informasi penduduk di kawasan bandar dan luar bandar ialah menerusi pemimpin di peringkat akar umbi.

"UKAS dan kementerian lain harus memainkan peranan mereka dalam meningkatkan kesedaran penduduk luar bandar tentang dasar kerajaan," ujarnya.

Pengarah UKAS Samuel Simon dalam ucapannya pula menekankan komunikasi bersemuka merupakan kaedah utama bagi penduduk di kawasan luar bandar ekoran geografi Sarawak yang luas.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.379483 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list