CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16188|Reply: 10

Asia Tenggara Bakal Menyaksikan Taburan Hujan Jauh Lebih Tinggi Daripada Biasa Hujan Luar Biasa Akibat La Nina

[Copy link]
Post time 18-10-2024 08:11 AM | Show all posts |Read mode





BANGKOK – Rantau Asia Tenggara bakal menyaksikan taburan hujan jauh lebih tinggi daripada biasa dalam tempoh beberapa bulan akan datang, lapor saluran berita South China Morning Post semalam.


Cuaca buruk itu dijangka menjejaskan sektor ekonomi seperti pertanian, pelancongan dan industri lain yang sudah terkesan akibat sebilangan ribut yang membadai Asia Tenggara pada tahun ini.


Ahli-ahli meteorologi menjangkakan hujan lebat dari Filipina hingga ke Vietnam sehingga November ini disebabkan kemunculan fenomena cuaca basah La Nina di Lautan Pasifik sekali gus membawa lebih banyak hujan ke Asia Tenggara.


Keadaan itu boleh menghalang usaha pemulihan di Vietnam selepas Taufan Yagi membadai negara itu pada September lalu.


Taufan Yagi adalah ribut paling buruk pernah melanda negara itu dalam tempoh beberapa dekad.


Thailand yang bergantung kepada industri pelancongan pula mengalami kerugian mencecah 30 bilion baht (RM389 juta) akibat gelombang banjir di utara negara itu termasuk wilayah Chiang Mai, yang memaksa kira-kira 100 gajah dipindahkan dari pusat santuari.


Filipina yang mengalami kira-kira sembilan taufan setiap tahun, masih dilanda beberapa ribut maut sejak beberapa bulan lalu termasuk Gaemi pada Julai, Yagi pada September dan Krathon pada Oktober 2024.


“Keadaan La Nina diramalkan dari Oktober-November 2024 dan seterusnya, salah satu faktor yang menyumbang kepada taburan  hujan luar biasa  di beberapa negara di rantau ini,” kata Pusat Meteorologi Khusus Asean.


Singapura mengeluarkan amaran banjir Isnin lalu apabila tempoh antara monsun membawa ribut petir dan hujan lebat ke negara  kecil itu.


Agensi cuaca Filipina meramalkan sebahagian besar kepulauan itu mungkin menyaksikan taburan hujan melebihi purata semasa sepanjang akhir tahun ini, 160 peratus melebihi purata pada Januari 2024.


Vietnam diramalkan menyaksikan taburan hujan yang lebih tinggi daripada kadar purata, termasuk di utara iaitu kawasan berorientasikan eksport dan industri berat, demikian menurut perkhidmatan meteorologi negara itu.


Wilayah tengah Vietnam yang merupakan satu lagi hab perindustrian penting juga berisiko menyaksikan sebanyak lima kejadian banjir hingga Mac tahun depan.


Pertubuhan Meteorologi Dunia meramalkan 60 peratus kemungkinan keadaan La Nina muncul menjelang akhir tahun ini.


Pakar-pakar kaji cuaca meramalkan ketibaan La Nina sejak beberapa bulan lalu.


La Nina kali ini bagaimanapun dijangka lebih lemah dan dalam tempoh lebih pendek daripada ramalan awal.


Fenomena ini mendorong keadaan lembab meliputi Asia dan Australia yang bertentangan situasi kering  El Nino. – AGENSI


Sumber : – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2024 08:17 AM | Show all posts
lobai pahei ke la nina..


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 08:25 AM | Show all posts
jeng jeng jeng... HAARP sudah dihidupkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 08:31 AM | Show all posts
dah boleh berjaga-jaga la. sekarang pn nampaknya hujan dah mula kerap
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah hanyutkanlah kembali warga2 asing kembali kenegara asal mereka.. Aamiin Ya Rabbal Allamin
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor: Ya Allah hanyutkanlah kembali  ...


Amin amin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2024 03:20 PM | Show all posts
Di M'sia ni kalau hujan selalu turun ada beberapa kebimbangan iaitu spt tanah longsor di kawasan berbukitan. Kalau ada rumah di atas atau di bawahnya, bersiap sedialah dgn segala kemungkinan. Paling tidak pun laluan tertutup dg tanah atau pohon2 yg tumbang,  contoh di Cameron H'land dn Fraser's Hill. Yg pergi berkelah di sungai2, air terjun pun berjaga2lah dg terjahan kepala air. Yg sudah terbiasa dgn bajir tentu dah bersiap sedia untuk selamatkan barang2/surat2  penting, namu bagi yg ada baby, balita, orag tua yg uzur, pakat2 fikirlah mcmana nak hadapi masalah jika benar2 berlaku. Berwaspada dn berjaga2.  Semoga kalian selamat dn dilindungi Allah jua.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 11:24 AM | Show all posts
Semoga dilindungi semuanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2024 02:42 PM | Show all posts
Sekejap saja dah 10 tahun.. banjir besar yang lepas 2014
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 02:57 PM | Show all posts
jejai replied at 18-10-2024 08:25 AM
jeng jeng jeng... HAARP sudah dihidupkan

takde maknanye la diknon. haarp ke harakah ke tu suma cuma teori konspirasi yg cuba nak sorok saintis dah buktikan kesan global warming pada iklim bumi kita.  aku kasi contoh la suatu ketika dulu kan, ada kempen pelihara ozon kita, camne satu dunia bersatu hati ban produk cfc.  kesan dari tulah ozon kita masih terpelihara kalau tak mmg kita dah mati kering dah macam dlm citer mad max. conspirashit yang basic sains sek men pun gagal tapi gigih jugak nak jadi terpaling tahu dari saintis yang dah bertahun2 mengkaji dan belajar bidang mereka, ko kalau rasa saintis suma tu dibayar, diorang dah lama dah dik jadi kaya raya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan serius. Time ni sesuai tak bercuti kat krabi or phuket. Sebab google katanya best time to visit nov - mac. Tp kat sini tengah hujan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.043779 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list