CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15869|Reply: 6

Orang ramai diminta waspada banjir mirip 2014 - Menteri Besar Perak

[Copy link]
Post time 18-10-2024 08:14 AM | Show all posts |Read mode





IPOH – Kerajaan negeri meminta kepada seluruh rakyat di negeri ini agar sentiasa berwaspada dengan amaran banjir kerana fenomena itu tahun ini mirip seperti yang berlaku pada 2014.


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kejadian banjir 10 tahun lalu berlaku serentak, manakala tahun ini berlaku secara berulang-ulang di tempat yang sama dan baharu.


“Penduduk yang tinggal berhampiran dengan sungai, bukan Sungai Perak sahaja, tetapi anak sungai atau apa-apa saliran termasuk sungai dalam bandar pun kena sentiasa berwaspada.


“Jadi semua Pegawai Daerah (DO) yang menjadi pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) serta semua jabatan yang terlibat termasuk ketua-ketua kampung kena ambil perhatian dan ingatkan kepada anak buah masing-masing,” katanya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Perak Kali ke 48 Tahun 2024 di Hotel Casuarina Meru Raya di sini hari ini.


Katanya, jumlah taburan hujan yang banyak dan tidak menentu dalam masa yang panjang menyebabkan paras sungai meningkat sekali gus menjadi punca banjir.


Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, setakat pukul 12 tengah hari tadi, seramai 1,330 mangsa daripada 424 keluarga di lima daerah dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS).


Kawasan Sungai Siput dalam daerah Kuala Kangsar paling teruk terjejas dengan mencatatkan 911 mangsa (284 keluarga) berlindung di tiga PPS.


Ia diikuti daerah Hilir Perak dengan mencatatkan 170 mangsa, Perak Tengah dengan 133 mangsa, Kerian dengan 75 mangsa dan Kampar dengan 41 mangsa.  


Sumber : – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2024 09:08 AM | Show all posts
hati2 semua
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 11:31 AM | Show all posts
skrg 2024. probably every 10 years cycle.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 01:56 PM | Show all posts
tu la...hari yg dilepaskan air dari empangan tu campur pulak hujan lebat non stop, rumah mak saya pun dilanda banjir.

Tak pernah2 kena pindah ke PPS selama hayat dia, kena pindah juga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak per, nanti muka ni jugak yg akan tolong, teriak BT (Banduan Terhormat)
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim La Nina.

Why tak mention La Nina dalam artikel?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Banjir adalah pengalaman yg xnk diulang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.037215 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list