CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14605|Reply: 5

[Tempatan] Menteri Indonesia jelaskan kecenderungan pelabur asing pilih pusat data di Malaysia

[Copy link]
Post time 18-10-2024 09:08 AM | Show all posts |Read mode
www.sinarharian.com.my

18 Oktober 2024 07:34pm



JAKARTA - Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia, Budi Arie Setiadi telah menekankan faktor utama yang menyumbang kepada keraguan pelabur asing untuk melabur dalam sektor pusat data republik itu, sambil menyatakan bahawa ramai lebih cenderung untuk membina kemudahan di Malaysia, terutamanya di Johor.

Beliau berkata, pelaburan dalam pusat data Johor yang menyokong kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan diunjurkan mencecah AS$3.8 bilion tahun ini, memetik laporan Maybank.

Malaysia menawarkan tiga kelebihan utama: harga elektrik yang kompetitif, pengecualian cukai, dan kepastian undang-undang, menjadikannya destinasi lebih menarik bagi pelabur asing.

"Kos elektrik mereka ialah lapan sen setiap kilowatt per jam (kWj), mereka mempunyai pengecualian cukai untuk barangan modal, dan yang ketiga, terdapat kepastian undang-undang dalam pelaburan,” katanya seperti yang dipetik oleh portal dalam talian tempatan TrenAsia baru-baru ini.

Beliau menekankan keperluan untuk menambah baik iklim pelaburan dan reputasi republik itu bagi menarik pelabur asing, menyokong proses pelaburan yang lebih mudah serta menyatakan matlamatnya untuk mengurangkan harga elektrik bagi pusat data agar lebih berpatutan bagi pengendali.

Dalam menyokong inisiatif itu, Digital Data Centres (BDDC) secara rasmi melancarkan South East Jakarta 1 Tier IV Data Centre pada 9 Oktober, yang turut berfungsi sebagai Indonesia Internet Exchange (IIX-JK2) kedua dengan kerjasama Persatuan Penyedia Perkhidmatan Internet Indonesia (APJII).

Malaysia dengan pantas menjadi kuasa besar pusat data di Asia Tenggara, didorong oleh permintaan yang semakin meningkat untuk pengkomputeran awan dan AI, seperti yang dilaporkan oleh CNBC pada Jun.

Negara itu telah menarik berbilion pelaburan daripada firma teknologi utama seperti Google, Nvidia dan Microsoft, khususnya di Johor Bahru, ibu negeri Johor yang terletak di sempadan dengan Singapura.

Pengarah Urusan DC Byte rantau Asia Pasifik (APAC) James Murphy meramalkan bahawa Johor Bahru akan mengatasi Singapura untuk menjadi pasaran pusat data terbesar di rantau ini, berkembang daripada hampir sifar dua tahun lalu.

Bandar raya itu juga diiktiraf sebagai pasaran yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dalam Indeks Pusat Data Global 2024 oleh DC Byte. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang Indon jenis cepat baran dan suka cari gaduh, mulut hansuang tak da insurans. Pelabur pun takut.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Best la orang2 TNB. Makin banyak penggunaan elektrik, makin besar bonus depa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
#teamFA
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon dgn siam makin jelous dgn kemajuan Msia bwh kjaan Madani...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 18-10-2024 04:14 PM

Kami indon hanya bisa bilang:
-banglasia
-malaydesh
-malingsia..batik itu kami punya
-kami ada kereta cepat..negara tertangga ketar ketir.
-kami ada ikn...negara tertangga pasti iri.
-Bapak Nusaraya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.054984 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list