CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36398|Reply: 0

[Sarawak] 718 peserta mara ke Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sarawak

[Copy link]
Post time 18-10-2024 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 18-10-2024 08:09 AM



Sagah (duduk, tengah) merakam kenangan bersama anak muda Sarawak pada Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sarawak di Stadium Tertutup Sibu, hari ini.

SIBU: Seramai 718 anak muda Sarawak telah berjaya mara ke Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sarawak untuk bersaing merebut tempat ke Grand Final Kebangsaan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, penyertaan anak muda Sarawak ini diharap akan menyumbang kepada perwakilan terbesar dalam Malaysia Techlympics 2024.

"Saya juga menggesa guru untuk terus aktif dalam aktiviti berkaitan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan terus menyokong Malaysia Techlympics melalui program jangkauan dan pertandingan dalam talian, yang akan berlangsung sehingga pertengahan November," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sarawak di Stadium Tertutup Sibu, hari ini.

Sagah juga menggalakkan belia Sarawak untuk memanfaatkan sepenuhnya inisiatif yang disediakan kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

"Ini khususnya dalam memacu pelbagai program dan aktiviti, mewujudkan budaya STI yang menyeluruh dan memupuk kesedaran dan penglibatan yang lebih besar dalam bidang ini," jelasnya.

Katanya, Kerajaan Sarawak akan terus memberikan sokongan dan komitmen padu kepada MOSTI khususnya dalam penganjuran Grand Final Kebangsaan Malaysia Techlympics 2024 yang dijadualkan pada 17 dan 18 November depan.

"Penglibatan Kerajaan Sarawak dalam menyokong pelaksanaan Malaysia Techlympics 2024 bagi Zon Sarawak mencerminkan komitmennya untuk memupuk budaya STI dalam kalangan masyarakat setempat.

"Antara matlamat utama program ini adalah untuk mempromosikan teknologi dan inovasi dalam kalangan rakyat Sarawak khususnya pelajar dan belia," ujarnya.

Katanya, Kerajaan Sarawak melihat program ini sebagai platform terbaik untuk mempamer dan memperkenalkan teknologi dan inovasi baharu, di samping mencetuskan minat masyarakat setempat khususnya pelajar dan belia dalam bidang teknologi.

Malaysia Techlympics 2024 berfungsi sebagai pertandingan berasaskan STI, yang direka untuk membantu peserta mempelajari dan menggunakan teknologi terkini melalui projek inovasi langsung seperti robotik, dron, pengekodan dan banyak lagi.

Turut hadir ialah Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.073168 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list