CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42463|Reply: 0

[Sarawak] 4 aduan penipuan guna nama JBPM Sarawak setakat Okt 2024

[Copy link]
Post time 18-10-2024 04:18 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sebanyak empat aduan penipuan menggunakan nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak diterima jabatan pada Oktober 2024.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata pihak tidak bertanggungjawab tersebut dikesan membuat penawaran pemberian tender pembekalan dengan menggunakan nama Ketua Pengarah JBPM dan Pengarah Bomba Negeri.

Katanya taktik yang digunakan dalam penipuan ini adalah dengan menghubungi terus pembekal dengan menunjukkan surat setuju terima palsu kepada mangsa dan cuba memperdayakan mangsa.

“Setakat ini kita belum menerima aduan kerugian daripada mangsa.

“Ini kerana semua mangsa telah bertindak dengan menghubungi JBPM lebih awal untuk mengesahkan perkara tersebut,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Tiong berkata jabatan memandang serius kes tersebut yang menggunakan nama JBPM untuk memperdayakan mangsa.

Katanya jabatan telah bertindak membuat laporan polis untuk tindakan pihak polis selanjutnya ke atas perkara tersebut.

“JBPM Negeri Sarawak mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sebarang tawaran pemberian kontrak pembekalan.

“Ia khususnya bagi kontrak Sebutharga dan secara perolehan terus menggunakan nama JBPM,” tegasnya.

Antara tawaran sebut harga pembekalan palsu yang dilakukan oleh scammer bagi memperdayakan mangsa termasuk membekal dan menghantar peralatan alat ganti/aksesori kenderaan ke jabatan bomba dan penyelamat Simunjan yang ditawarkan secara berlainan kepada dua syarikat berlainan di sekitar Kuching.

Selain itu, membekal dan menghantar peralatan alat ganti/aksesori kenderaan ke jabatan bomba dan penyelamat Daerah Saratok yang ditawarkan kepada satu syarikat di Sibu.

Tiong berkata selain itu tawaran palsu berkenaan adalah membekal dan menghantar tayar untuk kenderaan ke JBPM Daerah Subis yang ditawarkan kepada satu syarikat di Miri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.061051 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list