View: 61343|Reply: 18
|
Pembinaan semula Gaza mungkin ambil masa 80 tahun, 60 hingga 70 peratus rumah di Gaza telah musnah - PBB
[Copy link]
|
|
AMMAN: Pakar perumahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Balakrishnan Rajagopal menyatakan bahawa pembinaan semula Gaza mungkin mengambil masa 80 tahun jika pasukan pendudukan Israel meneruskan serangan mereka ke atas wilayah itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Menurut laman sesawang rasmi PBB, Rajagopal, penyiasat bebas badan dunia itu yang memantau hak untuk perumahan yang mencukupi melaporkan bahawa menjelang Januari 2024, antara 60 hingga 70 peratus rumah di Gaza telah musnah, dengan wilayah utara menghadapi kadar kemusnahan yang lebih tinggi iaitu 82 peratus.
Beliau menekankan bahawa keadaan bertambah buruk, terutamanya di utara Gaza, di mana kemusnahan hampir mencecah 100 peratus.
Laporan terkini daripada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) menganggarkan bahawa menjelang Mei, lebih 39 juta tan serpihan terdapat di Gaza.
Runtuhan itu bercampur dengan bahan letupan yang tidak meletup, sisa toksik, asbestos daripada bangunan yang runtuh dan bahan-bahan lain.
Rajagopal memberi amaran bahawa pencemaran air bawah tanah dan tanah telah mencapai tahap yang kritikal, menimbulkan kebimbangan sama ada isu ini dapat ditangani tepat pada masanya.
Beliau menyatakan bahawa Gaza mengalami gelombang kemusnahan yang belum pernah terjadi sejak 7 Oktober 2023.
Apabila ditanya mengenai garis masa untuk pembinaan semula Gaza, beliau menekankan keperluan untuk membersihkan runtuhan terlebih dahulu, mendapatkan pembiayaan, dan yang paling penting, pembinaan semula tidak boleh bermula sehingga serangan dihentikan.
Rajagopal menganggap Israel bertanggungjawab mengenakan sekatan ke atas bahan binaan dan peralatan, dengan mendakwa ia mempunyai kegunaan dua fungsi. Beliau juga menegaskan bahawa selepas perang Gaza pada 2014, kurang daripada seribu rumah dibina setiap tahun.
Sumber – BERNAMA-WAFA |
|
|
|
|
|
|
|
Pak2 Arab kaya raya. Setakat nak bangunkan gaza xkan xleh hulur duit sumbangan. Ada duit sekejap je boleh siap |
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor: Pak2 Arab kaya raya. Setakat n ...
Asyik petik pak areb je
Dah beratus tahun diorng tolong
Dah elok bangun habis runtuh lagi..
Diorng pun dah tak koser la nyahhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 20-10-2024 01:50 PM
Gaza ni dibina tanpa sustainability...macam mana masih guna asbestos.
Kalau perkampungan Melayu Bugis kitorang guna atap tanah bakar, atap rumbia/sagu atau nipah, guna kayu batang nibung, buluh, jarang nak guna plastik, asbestos...paling pun guna metal macam zink, tembaga dan besi.
Kalau guna asbestos maksudnya memang takda rain harvest la.
Rumah sepatutnya guna bata bakar atau batu bom... boleh recycle balik, dipahat plaster luar.
Aku nak buat apa2 DIY style USA, nak cari papan pun belah dari pokok...ko buat la papan dari pokok Garqard tu
Aku ada beli rumah kampung guna atap asbestos...habis dah bongkar atap tu ganti zink.
Atap asbestos tu kambus bawah titi rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 20-10-2024 02:33 PM
Bangun roboh perang bangun roboh perang x pernat ka, kalau repair sistem kumbahan jamban bathroom dapur air bersih pengangkutan kira ok le walau dudk bawah pokok atau khemah |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa punya hakal pegi buat serangan subuh mula2 dlu? Umpama seekor semut menggigit seekor gajah, abis hancur sarang semut dipijak sang gajah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugak org duk salahkan Palestine. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 20-10-2024 01:42 PM
Gaza ni dibina tanpa sustainability...macam mana masih guna asbestos.
Kalau perkampungan Melayu Bug ...
Kan org palestin takleh amik air ujan? Serail dah haramkan sbb itu sumer milik serail.. |
|
|
|
|
|
|
|
Israel nak rampas tanah gaza untuk buat projek pembangunan. UN pun tak guna sebab tidak boleh buat apa-apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 20-10-2024 11:31 PM
Kan org palestin takleh amik air ujan? Serail dah haramkan sbb itu sumer milik serail..
Merepek je air hujan tak boleh ambil.
Terpakai ke undang2 Israel tu di Gaza. |
|
|
|
|
|
|
|
perangai org plastiene kat sini pun
mcm tak kenang budi dan tak hormat.
sama dgn royhinga.
Rakyat Msia pun nyampah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bina semula tapi siapa yang akan tinggal di sana? |
|
|
|
|
|
|
|
Sama je nanti, bina pas tu hancur kena bom. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 21-10-2024 12:58 AM
Merepek je air hujan tak boleh ambil.
Terpakai ke undang2 Israel tu di Gaza.
Ya.. kaka tak tgk ka pasai ni? Aritu tular kat insta motaz azaiza.. dari situ dan insta pro-palestin la iols dpt tau maklumat mcm ni..
Spaghetti tak diharamkan sejak wakil US pi sana, pastu dia nak mkn spegeti, lantas apabila diberitahu takleh mkn sbb benda yg diharamkan, wakil US kata itu mengarut jahh.. so lepaih tu deme bg masuk palestin sbb wakil US nak mkn..
Giteww
|
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu bagunkan Gaza, rampas je semula setiap inci tanah Israel |
|
|
|
|
|
|
|
even if israel serang mekah dan madinah pun, umat islam tak akan buat ape2 juga |
|
|
|
|
|
|
| |
|