MERIAH: Acara tahun lalu yang mendapat sambutan ramai daripada seluruh Sabah.
KOTA KINABALU: Centre Point Sabah sudah bersedia untuk meraikan acara tahunan Halloween terbesar mereka ‘Boo Buster’ yang akan diadakan pada 25 hingga 27 Oktober ini.
Berdasarkan kejayaan sebelum ini, pusat beli-belah itu menyasarkan kehadiran 2,600 peserta dengan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Menurut kenyataan media Centre Point Sabah, tema acara tahun ini di inspirasikan dari filem Ghostbusters, dengan dekorasi pusat beli-belah yang menampilkan slime yang akan mencipta suasana menyeramkan tapi mesra keluarga.
Katanya, acara ini dianggap sebagai salah satu sambutan Halloween terbesar di Kota Kinabalu, menarik pengunjung dari seluruh Sabah.
“Kita akan bekerjasama dengan MSU College Sabah untuk mendapatkan sukarelawan pelajar yang akan membantu dalam menguruskan pelbagai aktiviti sepanjang acara ini berlangsung.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja yang bermurah hati, termasuk Eaton’s Bookstore, Rainbowie, Sushi Panda, Treasure Land, Oh Snap Sabah, dan D’Elegence Management,” katanya.
Katanya, acara ini menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan dan penuh keterujaan untuk keluarga dan kanak-kanak.
“Pelbagai acara diadakan seperti pertandingan kreatif, dekorasi bertema dan aktiviti interaktif, acara ini terus mengekalkan reputasi pusat beli-belah sebagai tempat utama untuk acara komuniti berskala besar.
“Untuk maklumat lanjut pendaftaran atau jadual acara, orang ramai digalakkan melayari platform media sosial rasmi Centre Point Sabah,”katanya.
|