KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, berkuat kuasa dari Rabu hingga Jumaat ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda Sabah yang membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (Beluran) serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi dan media sosial MetMalaysia atau aplikasi mobil myCuaca serta talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638. - BERNAMA
|