View: 32804|Reply: 0
|
[Tempatan]
Mengapa sebut ‘T15’ kalau takrifannya belum muktamad, soal Syed Saddiq
[Copy link]
|
|
Mengapa sebut ‘T15’ kalau takrifannya belum muktamad, soal Syed Saddiq
https://www.freemalaysiatoday.co ... d-soal-syed-saddiq/
FMT Reporters
20 Oct 2024, 11:42 PM
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertanya siapakah golongan ‘T15’ yang dikatakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggunakan sehingga RM8 bilion subsidi RON95.
Ahli Parlimen Muar itu menggesa kerajaan agar tidak mengumumkan sesuatu perkara yang belum dihalusi.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan mengapa kumpulan pendapatan T15 disebut dalam pembentangan Belanjawan 2025 Jumaat lepas, sedangkan takrifannya masih belum dimuktamadkan.
Sebagai respons terhadap kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bahawa klasifikasi T15 sedang dihalusi, Syed Saddiq berkata, sekiranya begitu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya menyebut kumpulan itu semasa membentangkan belanjawan.
“Macam mana kerajaan boleh umum dulu dalam belanjawan yang T15 ‘mahakaya’ guna RM8 bilion subsidi petrol? ‘Mahakaya’ mana yang gunakan RM8 bilion ni?
Janganlah umum dulu, fikir kemudian. Kehidupan rakyat jadi taruhan, kata bekas presiden Muda itu di platform media sosial, X.
Ketika membentangkan belanjawan, Anwar berkata, warga asing dan 15% pengguna teratas, atau digelar ‘mahakaya’, menikmati 40% subsidi RON95 kerajaan.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata, 40% subsidi ini, yang merangkumi kira-kira RM8 bilion, lebih bagus sekiranya dibelanjakan untuk penjagaan kesihatan awam, pendidikan dan pengangkutan.
Beliau mengumumkan kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi RON95 mulai pertengahan tahun depan, yang menurutnya, tidak akan menjejaskan 85% rakyat.
Beliau turut memberi bayangan subsidi disasarkan dalam pendidikan awam, sekali lagi menyebut golongan 15% pendapatan teratas, serta dalam penjagaan kesihatan.
Semalam, Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan masih berusaha menentukan ambang pendapatan bagi memastikan subsidi petrol, penjagaan kesihatan dan pendidikan yang disasarkan dapat membantu golongan yang tepat.
Rafizi kemudiannya berkata, penyasaran subsidi RON95 tidak akan dilaksanakan berdasarkan pendapatan isi rumah semata-mata, tetapi turut akan mempertimbangkan faktor lain, tanpa mengulas lanjut.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|