CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31505|Reply: 2

Lelaki Asing Patahkan Pengelap Cermin Belakang Kereta Diberkas Polis

[Copy link]
Post time 22-10-2024 12:04 AM | Show all posts |Read mode





BATU PAHAT – Seorang lelaki asing yang mempunyai perangai pelik mematahkan pengelap cermin belakang beberapa buah kenderaan sehingga tular di media sosial pada Ahad lalu sudah diberkas polis.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Aisisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek yang berusia 25 tahun itu dicekup anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).


“Video tular itu memaparkan seorang lelaki sedang mematahkan pengelap cermin belakang kenderaan yang diletakkan berhampiran Terminal Bas Batu Pahat pada pukul 3.30 petang pada hari sama.


“Semasa pemeriksaan dilakukan ke atas suspek, polis menjumpai sebilah pisau lipat dalam beg sandang lelaki itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 atas kesalahan  membawa senjata berbahaya ke tempat awam.


“Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen yang sah,” katanya.





Sebelum ini tular video berdurasi 16 saat di platform TikTok yang memaparkan perbuatan seorang lelaki sehingga mengundang keresahan dalam kalangan orang ramai. Orang awam meminta pihak berkuasa supaya menahan si pelaku bagi mengelak kejadian sama berulang.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 03:10 PM | Show all posts
mgkin sbb ada kejadian dgn bnde tu menyebabkan dia benci nau dgn bnde tu...dipatah2kan...senang hati dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sial nya perangai  . Dahla miskin, nak sentap dgn org yg mampu pakai kereta. Patut kena dgn cina gangster pakai Merz time tu. Haaaa baru kau tau langit tinggi rendah. Habis tulang kau pulak di patah2kannya mcm wiper tu. Time ni lah aku sokong jenayah keganasan terhadap manusia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.038506 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list