|
[Tempatan]
Debaran siapa yang masuk dalam kumpulan T15
[Copy link]
|
|
Tinot7 replied at 29-10-2024 05:57 PM
Iols tak pernah duit byk tu masuk akaun bank tiba2.. so taktau..
Kita yg kena declare income kat ...
If duit masuk sbg bayaran hutang x kira pendapatan lega lah sket...... Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
nih pada pendpt aku la ye. pada korang yang geng T10 gaji belas2 ribu lepas campur gaji spouse skali tu yang rasa geng B40 ni dah senang banyak dpt bantuan dari kerajaan, korang cubalah untuk hidup macam gaji yang geng B40 ni dpt. korang fikir sendiri la, korang rasa korang mampu ke hidup dgn gaji minima? mampu ke korang ni nak hidup tanpa berbelanja beli barangan premium, makan sedap-sedap, pakai beg branded, pakai kereta import,duduk rumah flat. apatah lagi geng B40 tu. takat cukup2 makan jelah.
yang korang duk tuduh B40 ni senang, like hello berapa je bantuan kerajaan boleh kasi pada diorang? Kalau dapat bantuan JKM dan Baitulmal pun bukannya sampai beribu pun, ratus-ratus jah. kalau depa dpt subsidi minyak pun, depa pi kerja naik motor, B40 mesti nak cari tempat kerja yang dekat sebab depa mana mampu nak isi minyak seminggu 2-3 kali kalau kerja jauh. kalau nama pun B40, duduk rumah flat, banyak mana ja utiliti depa pakai? bil letrik bil air rumah murah brape sen sangat kalau banding dengan hangpa yang dok rumah banglo 3-4 tingkat ada lif sendiri? B40 yg btul2 B40 tu angpa rasa mampu ke nak shopping barang organic kat Jaya Grocer? Angpa sepatutnya berterima kasih pada B40 ni sebab tanpa depa, harga barang akan mencanak naik sebab kalau naik, sapa ja nak beli kalau bukan 40% daripada isi rumah Malaysia yang terendah gajinya daripada julat pendapatan keseluruhan isi rumah Malaysia.
lagi satu, angpa kena sedar, Malaysians ni bukan jujur sangat pun. ramai je yang menipu pendapatan, lagi2 yang keje sendiri takde slip gaji tu. yang suka menyamar B40. golongan ni la yang suka kaut macam2 bantuan yang kerajaan bagi. yg btul2 B40 pada zaman semua harga barang naik ni takkan mampu la nak bermewah2 yang macam korang nampak tu.
kalau angpa rasa angpa keje teruk sebab tu angpa rasa angpa tu entitled nak dapat gaji T20 tu, ha cubalah angpa keja sebagai B40 pulak. keja2 rencam macam pelayan kedai makan, keje pam minyak, acik jual sayur, acik potong ayam. ha cubalah rasa penat ke tak penat tu jadi B40.
aku membebel panjang macam ni, sebab aku sedih tengok orang malaysia terutama sekali acik poremer kat sini yang sangat classist. classist tu bukan bermakna korang tu classy, classist tu maksudnye korang tu ada konotasi negatif pada orang yang berlainan kelas sosial dengan korang. Korang tu membeza-bezakan manusia berdasarkan pendapatan mereka dan paling teruk, korang tu angkuh korang cuma tengok sekelompok manusia yang korang pun takde keinginan nak kenal lagi mendalam dan korang terus tuduh mereka macam-macam. in fact aku rasa korang ni tak tau pun B40 tu maksudnye ape kan? yg korang nampak B40 tu suma buruk je. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 27-10-2024 11:01 AM
Yes wah dah online dah sekarang. 10 yrs ago still kena go to BN to print.
Ai monitor all my loan dr eccris ni. Kot tetiba ada lewat bayar ke. Tapi ccris ada list loan saja. Bank account saving or current takde pulak.
Btw pada mereka yg ada loan ptptn ketahuilah pada mereka mereka itu yg ptptn masuk ccris dah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|