CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32098|Reply: 3

[Tempatan] Susulan peningkatan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) oleh PMX, kerajaan BN terdahulu buat langkah tepat dengan salur wang tunai meski didakwa ‘dedak’ ketika itu, kata Wee Ka Siong.

[Copy link]
Post time 22-10-2024 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Langkah tepat BN salur wang tunai meski didakwa ‘dedak’, kata Wee

https://www.freemalaysiatoday.co ... kwa-dedak-kata-wee/

Faiz Zainudin
22 Oct 2024, 04:59 PM



Wee Ka Siong berkata beliau menyokong langkah kerajaan menyalurkan bantuan wang tunai seperti pentadbiran BN dahulu. (Gambar Bernama)

Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkata kerajaan kini meneruskan pemberian wang tunai seperti zaman pentadbiran BN kerana kaedah itu dapat merangsang ekonomi rakyat.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berkata bantuan wang tunai yang pernah dilabel ‘dedak’ ketika pentadbiran partinya dahulu, kini dianggap cara terbaik membantu rakyat susulan peningkatan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025, Jumaat lalu mengumumkan peruntukan STR meningkat dari RM10 bilion kepada RM13 bilion, bersama inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkata pertambahan peruntukan diumumkan Anwar yang juga menteri kewangan dibuat kerana kaedah itu mampu merangsang ekonomi rakyat dengan lebih baik.

Menurutnya, pertambahan peruntukan itu juga menaikkan bantuan dari RM3,700 kepada RM4,000 manakala bantuan kepada orang bujang dan warga emas mendapat RM600.

“Maka betullah kerajaan BN dulu lakukan (salur Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)) walaupun pernah digelar dedak atau rasuah.

“Tapi kini diteruskan kerana pemberian tunai membantu rakyat mengharungi cabaran hidup. Saya tak ada masalah kerana apa yang baik kita ‘move on’ dan sokong,” katanya membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.

Pemberian tunai melalui BRIM kepada rakyat diperkenal pada 2012 ketika pentadbiran BN diketuai Najib Razak sebagai perdana menteri ketika itu.

Dalam perkembangan lain, Wee yang juga presiden MCA menyifatkan cadangan mengenakan sistem dua harga supaya 15% golongan maha kaya (T15) membayar harga pasaran RON95 manakala selain mengikut harga subsidi sebagai ‘idea kurang sempurna’.

“Tindakan itu akan merumitkan pengendali, pekerja stesen serta pengguna,” katanya.

Jelasnya, kerajaan sepatutnya mengenakan levi petrol kepada golongan T15 ketika memperbaharui cukai jalan bagi kenderaan petrol baharu yang bernilai RM300,000 ke atas.

Wee turut tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan mengurangkan subsidi pendidikan dan kesihatan terhadap golongan T15.

“Penyediaan akses pendidikan dan kesihatan yang baik adalah tanggungjawab utama Kerajaan tanpa perlu menganaktirikan mana-mana kelompok di negara ini.

“Sepatutnya asas pendidikan dan kesihatan disediakan secara percuma kepada semua rakyat,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju sama Ka Siong.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Species 2 reforbasi aka reformati acah2 self-claim terpaling educated, jgn malu2 kucing nak komen
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dedak ke ape ke mmg dh jd tanggungjawab kerajaan bantu rakyat yg mane boleh....kalau x boleh nak bantu, just nak kayakan diri sendiri je usah jadi kerajaan.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.040424 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list