CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10023|Reply: 19

[Tempatan] Berdepan kenaikan gaji minimum, restoran kurangkan pekerja, kaji harga menu

[Copy link]
Post time 23-10-2024 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Berdepan kenaikan gaji minimum, restoran kurangkan pekerja, kaji harga menu

https://www.malaysianow.com/my/n ... rja-kaji-harga-menu

MalaysiaNow
Oktober 23, 2024 9:17 pagi


Pengusaha restoran bimbang dengan kenaikan gaji minimum dan tidak menolak kemungkinan mengambil beberapa langkah seperti menaikkan harga dan mengurangkan pekerja.

Walaupun kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 sebulan yang berkuatkuasa Februari tahun depan disambut baik pekerja, pemilik restoran bagaimanapun berkata ia akan memaksa mereka mengurangkan bilangan pekerja dan menaikkan harga makanan demi kelangsungan perniagaan.

Gabungan Pengusaha Restoran Kelantan Nik Hassan Zain berkata satu-satunya pilihan yang baik dalam memastikan majikan mampu meneruskan operasi adalah dengan mengurangkan pekerja.

Bagaimanapun, persatuan yang mewakili lebih 200 pemilik restoran di Kelantan itu menyedari ini akan menjadi langkah sukar disebabkan kerana harga semasa sudah dianggap tinggi.

"Kami bergantung kepada jualan harian, jadi barang dah begitu lama naik tapi kami tak boleh jual mahal lagi," kata pengerusinya Nik Hassan Zain kepada MalaysiaNow.

Sambil berkata marjin keuntungan mereka semakin mengecil, Nik Hassan berkata ada pemilik restoran yang tidak ambil gaji kerana tidak mampu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam ucapan Belanjawan 2025 mengumumkan kenaikan gaji minimum itu turut memutuskan tarikh akhir pelaksanaan akan dipanjangkan kepada majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja, daripada Februari 2025 kepada Ogos 2025.

Nik Hassan menafikan dakwaan majikan enggan membayar pekerja dengan kadar gaji minimum yang ditetapkan, dan berkata ia tidak pernah menjadi isu sebaliknya menegaskan tidak semua majikan mampu memenuhi sasaran tersebut.

Menurutnya, ia lebih-lebih dalam keadaan di mana perniagaan restoran di Kelantan tidak lagi meriah seperti beberapa tahun lalu.

"Ada lah beberapa pengusaha (masih mendapat keuntungan) yang tinggi, itu tidak dinafikan.

"Tapi masih ramai pengusaha yang dalam kategori lampu kuning macam hidup segan mati tak mahu."

Sementara itu, Yazid Md Noor, yang memiliki sebuah restoran BBQ di Gombak, Selangor berkata pihaknya sedang menyemak harga bufet bagi tahun depan susulan penetapan kadar gaji minimum baharu tersebut.

Harga bufet dewasa ketika ini ialah RM35 tetapi dijangka meningkat untuk menampung kos kenaikan gaji 11 orang pekerjanya.

"Rakan kongsi ada cadangkan juga untuk kurangkan pekerja tetap dan bayar upah pekerja sambilan sahaja untuk hujung minggu," katanya kepada MalaysiaNow.

Menurutnya, kiraan kasar mendapati peningkatan sekitar RM14 atau RM15 bagi harga baharu set bufet di restorannya.

Ini bermakna harga bufet bagi seorang pelanggan dewasa meningkat dari RM35 kepada RM49 atau RM50 seorang.

"Harga tinggi sangat tu, kita masih buat kira-kira dan belum buat keputusan.

"Banyak kena kaji seperti penggunaan bahan sama ada nak kurangkan daging atau makanan laut untuk jimatkan kos dan kita cuba bertahan tak lari jauh dengan harga asal.

"Tapi kalau tak boleh, kalau memang rugi. Kita tiada pilihan lain. Harga semua akan naik."

Sementara itu, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menyambut baik penetapan kadar gaji minimum baharu tersebut, mengatakan RM1,700 adalah titik permulaan kepada penawaran kadar gaji yang lebih tinggi.

Presiden MEF, Syed Hussain Syed Husman berkata, sehingga kini lebih ramai majikan membayar gaji melebihi gaji minimum yang ditetapkan kerajaan.

"MEF menggesa majikan yang mampu membayar gaji lebih tinggi supaya membayar gaji melebihi gaji minimum.

"Tidak ada sesiapa yang boleh menggunakan gaji minimum sebagai alasan untuk membayar gaji berdasarkan gaji minimum," katanya kepada MalaysiaNow.

Kawalan harga

Nik Hassan bagaimanapun berkata ramai pemilik restoran masih belum dapat mencapai gaji minimum RM1,500 yang ditetapkan kerajaan terdahulu disebabkan trend kuasa membeli semakin lemah akibat kos barangan dan sara hidup yang tidak menentu.

Katanya kerajaan seharusnya mengawal kenaikan harga barangan sebelum menetapkan kadar baharu gaji minimum.

"Tapi mengikut trend-trend yang lepas, kerajaan memang tak mampu lah," katanya.

Syed Hussain mengakui kebimbangan tersebut, dan bersetuju kerajaan mesti mengawal harga barangan dan kos sara hidup rakyat.

"Jika tidak, peningkatan gaji sebanyak mana pun tidak akan memberi manfaat kepada mereka."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 01:45 PM | Show all posts
Menuju high income nation. No more cheap labour, lepas makan kemas sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 06:35 PM | Show all posts
kut rasa mahai... sila masak sendiri bawak bekal

aaaacamtu

meols pun bawak bekal..  ikut tekak sendiri je nak makan apa..kut pi kedai pun kadang lauk sama je ulang2
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 23-10-2024 06:35 PM
kut rasa mahai... sila masak sendiri bawak bekal

aaaacamtu

Kat ofis and area sekitar situ pekerja2 indon..so iols pastu tukang madak pun indon...erk, mmg idok la iols nk beli..baik bwk bekal atau kdg2 order dgn org tmn iols yg buka order.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Rate baru:
1 Roti kosong RM4/keping
2 Teh tarik RM5/gelas
3 kuih muih rm2/ketul
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn sampai merayu pelanggan kt 'kaki 5' ..sudah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa rate harga kedai makan masih berpatutan
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 08:32 PM | Show all posts
memang kena recalculate everythinglah..  naikkan sesuka hati boleh hilang pelanggan, tak naik boleh pulak bangkrap.. tu belum tengok persaingan spt serendah mana harga dpt dikekalkkan oleh peniaga lain

ketika ini sangat mencabar untuk semua penduduk malaysia... perubahan-perubahan dasar yang dilakukan melibatkan kenaikan kos hidup..  dan ianya masih belum stabil sbb ada pelaksanaan yang akan berlaku dimasa hadapan spt kenaikan gaji, sabsidi petrol ditarik balik..

.. sabsidi yang masih ada spt sabsidi minyak sawit pulak dah jd hak istimewa golongan tertentu smpi berkotak2 disorokkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 23-10-2024 08:40 PM

X untung kunun, makanan tetap togeh soohoon tempeh tauhu peria goreng pakai minimum modal jual tetap mahal
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau setakat 1kg tepung byk lempeng donut pancake cucur boleh bikin
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 09:45 PM | Show all posts
contractor melayu akan Bernafas Dalam Lumpur!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 23-10-2024 10:11 PM

Next year, kuih 80 sen seketul. Nasi lemak kosong RM 4 sebungkus

Buffet Ramadhan tahun depan harga baru.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:33 AM | Show all posts
selama2nya kerajaan takkan berjaya kawal harga
sbb ekonomi geng tu dah pegang
diorg yg akan set harga barang
gaji min naik harga barang konfem naik
tu mmg sifir mudah dari dulu
so masing2 berjimatlah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:41 AM | Show all posts
naik harga tinggi sgt atau kurangkan pekerja menyebab kan service jadi slow akan menyebab pelanggan cari kedai lain.

So kedai2 yg main harga akan tarik relugar customer kedai2 yang naikkan harga ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 10:45 AM | Show all posts
tu la patutnya sebelum naikkan gaji buat gst 0% dulu. bila gst 0% semua harga barang dah direkodkan dalam db senang nak trace kalau ada kenaikan. ini antara perkara yang paling ditakuti peniaga sbb tu mati2 nak jatuhkan najib. tak per lps ni mat sabu plk jadi pmxi kita tanggung jer lah apa yg dtg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak tak kisah pasal harga menu, akak kisahkan cuaca tak hujan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tazzabar nak tunggu episod kelapan dan episod kesembilan Agatha All Along dekat Disney+ kepalahotakstar

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
#teamFA
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 11:45 AM | Show all posts
Tak payah tunggu gaji minimum pun. Sejak tahun lepas lagi dah byk peniaga/industri makan dah buat peel haram senyap2. Portion, saiz makin kecik. Kurang rasa bermaksud kurangkan main ingredient. Mostly diorg ni maintain harga tu pasal tak perasan sgt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.044485 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list