TERCABUT: Keadaan atap rumah yang diterbangkan angin kencang.
PUTATAN: Sebuah keluarga berdepan detik cemas semasa cuaca buruk melanda sekitar kawasan ini selepas angin kencang menerbangkan atap rumah mereka di Kampung Lokawi Baru di sini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kejadian jam 1.40 petang itu bagaimanapun tidak membawa sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa kepada penghuni.
“Sebaik menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 1.40 petang, kita menggerakkan enam pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan ke lokasi yang terletak 11 kilometer dari lokasi balai.
“Semasa ketibaan pihak bomba di lokasi, kejadian angin kencang menyebabkan bumbung rumah terbabit tercabut.
“Pasukan Bomba memberikan khidmat nasihat kepada pemilik rumah dan menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi,” katanya.
Beliau berkata, tiada mangsa cedera dilaporkan dalam kes ini dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 2.17 petang.
|