CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12268|Reply: 0

[Sarawak] Peningkatan kadar gaji minimum kepada RM1,700 tepat pada masa

[Copy link]
Post time 23-10-2024 04:39 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Peningkatan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 amat bertepatan pada masanya.

Naib Presiden Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) Sarawak dan Sabah Mohamad Ibrahim Hamid (gambar) berkata, ia susulan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat masa kini.

“UNI-MLC menyambut baik pengumuman kenaikan kadar Gaji Minima yang telah diumumkan oleh PMX dalam pembentangan bajet baru-baru ini.

“Kenaikan dari RM1,500 ke RM1,700 sangatlah memadai ekoran peningkatan sara hidup sekarang,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, hari ini.

Ibrahim berkata malahan kenaikan itu amat membantu golongan pekerja B40 khususnya untuk menyara kehidupan mereka dan keluarga.

Katanya selain itu sebagai persediaan untuk menjadi negara maju.

“UNI-MLC mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Menteri KESUMA (Kementerian Sumber Manusia) di atas usaha berterusan beliau dalam meningkatkan kebajikan pekerja secara keseluruhannya,” tegasnya.

Beliau berkata pada sidang parlimen baru-baru pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah telah diluluskan oleh parlimen dan selepas ini pindaan ke atas Ordinan Buruh Sarawak juga akan dibentangkan.

Sementara itu pada 18 Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika pembentangan Belanjawan 2025, mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja selama enam bulan, bermula pada 1 Ogos 2025.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.102899 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list