CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32682|Reply: 15

Punca bunyi letupan di Ipoh sedang disiasat, gegaran terbaru di Kuala Kangsar, Gopeng, Gerik - PDRM

[Copy link]
Post time 23-10-2024 11:15 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Polis sedang menyiasat punca insiden bunyi letupan dan gegaran yang dirasai di sekitar Ipoh, Perak Isnin lalu yang masih misteri sehingga kini.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, buat masa ini, pihaknya masih belum mengenal pasti puncanya namun siasatan sedang dijalankan.


Menurutnya, pihaknya juga menerima maklumat gegaran itu turut dirasai dan didengari penduduk di Kuala Kangsar, Gopeng dan Gerik, Perak.


"Sejak kejadian itu berlaku, pemeriksaan sudah dilakukan dengan pelbagai syarikat dan agensi untuk menentukan punca bunyi itu.


"Semakan juga dibuat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)," katanya ketika dihubungi hari ini.


Razarudin berkata, Polis Perak juga sudah memeriksa dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta dan mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan pada hari itu.


"Semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) juga mendapati tiada letupan yang dijalankan di kuari sebelum jam 12 tengah hari.


Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak terus membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan orang awam.


"Beri polis masa untuk menjalankan siasatan dan akan memaklumkan kepada media apabila memperoleh penemuan muktamad," katanya.






Sumber  – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2024 08:44 AM | Show all posts
dah melarat ke gopeng. ada orang bina terowong bawah tanah ke dalam diam2?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu aku ada jejalan kat Ipoh...tourist guide kata perak penuh dgn lombong smada dh lama/masih aktif...mungkin aktiviti melombong haram kot...guna bahan letupan tanpa permit...hati2 org perak...tiba2 kwasan korang ada sinkhole lubang besar punya...skeri wooo.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak abis2 dengan ' jangan menimbulkan spekulasi'... Try tanya raja formula..kot2 ada jawapan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Yakjuj makjuj berpindah ke ipoh ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 01:18 PM | Show all posts
shernazz replied at 24-10-2024 01:03 PM
Yakjuj makjuj berpindah ke ipoh ke

Astaga uols ni kannnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2024 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalanya adakah hasil siasat akan diberitahu pd public? Of course la x kan. As public bnyk info yg kita x Tau atau disangkakan Tau tp sbnrnya x Tau
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 01:50 PM | Show all posts
Belibis replied at 24-10-2024 10:21 AM
Tak abis2 dengan ' jangan menimbulkan spekulasi'... Try tanya raja formula..kot2 ada jawapan.

selagi takde jawapan, selagi tu la orang berspekulasi

tapi bila berspekulasi, takut kena tindakan undang2. last2 semua katup mulut membisu. mencik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2024 02:04 PM | Show all posts
tanya je netizen
masing2 sume tahu tu katanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Menipu je lah ckp xtahu..mesti adr kaitan dgn kuning2 kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 24-10-2024 01:03 PM
Yakjuj makjuj berpindah ke ipoh ke


...dan akn membinasakan 'ipoh mali'...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 03:05 PM | Show all posts
Kenapa Perak je ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 24-10-2024 01:03 PM
Yakjuj makjuj berpindah ke ipoh ke

seram..awl.lg nk pindah pun..kiamat lambat lg kn
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
eragon replied at 24-10-2024 03:05 PM
Kenapa Perak je ?

ingat dedulu yg depa guling depan istana tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 03:22 PM | Show all posts
gisb?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 10:30 AM | Show all posts
bunyi apa sebenarnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.070371 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list