View: 13287|Reply: 7
|
[Tempatan]
Tawar tidur dalam bilik sebelum noda remaja 15 tahun
[Copy link]
|
|
Tawar tidur dalam bilik sebelum noda remaja 15 tahun
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... da-remaja-15-tahun/
Oleh ASLIZA MUSA
24 Oktober 2024, 12:44 am
Gambar hiasan
BATU GAJAH: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki yang baru dikenalinya di sebuah asrama pekerja di sini, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, kejadian menimpa pelajar tingkatan tiga itu terbongkar berikutan laporan polis dibuat ibunya selepas dia tidak pulang ke rumah sebaik selesai sesi persekolahan.
“Berdasarkan siasatan, remaja itu telah pergi berjumpa teman lelakinya di suatu tempat sebelum berkenalan dengan seorang lelaki lain ketika berkeliaran di sekitar Batu Gajah.
“Mangsa kemudian dibawa makan dan diajak pergi ke sebuah asrama pekerja di mana dia ditawarkan masuk ke sebuah bilik kosong untuk tidur dan berehat,” katanya di sini semalam.
Menurut beliau, lima lelaki warga tempatan yang berada di asrama itu bagaimanapun telah masuk ke dalam bilik berkenaan dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.
Katanya, kejadian itu dikatakan berlaku pada pukul 10.22 malam, Isnin lalu.
“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah telah berjaya mengesan mangsa di asrama tersebut dan membawanya pulang untuk soal siasat.
“Bertindak atas maklumat, lima lelaki berusia antara 18 hingga 27 tahun ditahan untuk siasatan lanjut. Semakan kesalahan lampau mendapati dua lelaki berusia 27 tahun memiliki rekod bersabit kes jenayah dan dadah,” katanya. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aduh kenapalah kau tak balik rumah lps sekolah dik oiii |
|
|
|
|
|
|
|
IvyGorgon replied at 24-10-2024 09:41 AM
Aduh kenapalah kau tak balik rumah lps sekolah dik oiii
berkeliarannn.. |
|
|
|
|
|
|
|
itu namanya meminta bedah oi.... |
|
|
|
|
|
|
|
aih. kecian. bwh umoq. tak memasal. |
|
|
|
|
|
|
|
Jap,kiranya lepas abis sekolah dia g jumpa bf dia pastu kenal sorg lelaki lain,lepastu laki tu belanja dia makan n ajak dia g asrama pekerja yg akhirnya terjadi kejadian rogol ni,5 lelaki yg rogol mangsa ni termasuk bf dia sekali ke,ataupon kawan2 pada lelaki yg baru dia kenal???adoii beraninya ko dik ikut jantan yg baru kenal g makan,ikut g asrama bagai...yg report polis mak mangsa sebab anak x balik umah lepas abis sekolah...kejadian pulak malam,kira lepas dirogol tu dia baru balik umah ke apa??? |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti makpak jenis tak kisah, anak tu terbiarrrrr ala hippies, yihhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian bdk prmpuan tu.. org baru nk kenal dunia.. die ingat mcm kisah dunia baru kt tv.. remaja lepak2.. die tak tau org laki ni nafsu sekor2 mcm ape.. org laki yang watak alim pun gatal dik.. ni lagi lah ajak gi asrama lelaki.. harap adik ni tak mental lah lepasni.. bertaubat dik.. yang perogol tu masuk penjara nanti tahu lah nasib diorang..kerana nafsu 5 saat..habis punah smue.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|