CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5448|Reply: 3

[Tempatan] Hampir separuh peminjam Mara disenarai hitam, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Rubiah Wang. #2, 97,866 peminjam Mara disenarai hitam

[Copy link]
Post time 24-10-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 24-10-2024 07:56 AM

Hampir separuh peminjam Mara disenarai hitam, kata Rubiah

https://www.freemalaysiatoday.co ... -hitam-kata-rubiah/

FMT Reporters
24 Oct 2024, 02:57 PM


Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Rubiah Wang, berkata 97,866 peminjam disenarai hitam Mara.

Sejumlah 49% daripada 197,348 peminjam aktif gagal bayar pinjaman dalam tempoh tiga bulan.

PETALING JAYA: Sebanyak 49% daripada 197,348 peminjam aktif telah disenarai hitam Majlis Amanah Rakyat (Mara) kerana gagal membayar pinjaman dalam tempoh tiga bulan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Rubiah Wang, berkata 97,866 peminjam itu dikenakan senarai hitam itu hanya terangkum dalam pengurusan Mara sahaja serta tidak melibatkan agensi dan ekosistem lain.

“Bagi pinjaman kepada anak-anak atau pelajar yang ingin mohon bantuan Mara sebenarnya agak mudah walaupun ibu bapa dalam senarai hitam tapi rundingan boleh dilaksanakan. Mara ambil pelbagai kaedah ‘asal bayar sahaja’, maksudnya jumlah dan ansuran itu boleh dikurangkan.

“Untuk pastikan pinjaman pelajar diluluskan, pinjaman ibu bapa tidak semestinya bayar keseluruhan, sebenarnya bayar tunggakan sahaja dan ini satu proses memudahkan dan yang penting proses pembiayaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya menurut Bernama pada sesi soal jawab Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang ingin tahu jumlah peminjam Mara disenarai hitam serta perancangan dalam melonggarkan syarat bagi anak-anak yang ibu bapa mereka telah disenarai hitam.

Mengenai jumlah terkini pelajar tajaan Mara dalam dan luar negara, Rubiah berkata sebanyak 96,857 pelajar sedang menerima kemudahan berkenaan, terdiri daripada 90,919 pelajar mengikuti pengajian dalam negara dan 5,938 pelajar di luar negara.

Beliau berkata, pada 2023, peratusan kutipan semula pinjaman pelajaran Mara sebanyak 100% atau RM300 juta, manakala setakat suku ketiga tahun ini, peratusan kutipan mencapai 70% daripada jumlah sasaran RM400 juta.

Menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berhubung jumlah penerima pinjaman Mara yang tidak perlu membayar semula pinjaman, Rubiah berkata tidak ada seorang peminjam Mara terkecuali membuat pembayaran semula.

“Tiada konsep biasiswa cuma kadar pembayaran yang dikurangkan berdasarkan keputusan CGPA (Purata Nilai Gred Kumulatif) yang mereka peroleh, ada yang bayar cuma 50%, 30%, paling minimum 10% daripada jumlah pinjaman. 100% tak bayar tu memang tak ada, konsep kita adalah pinjaman,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2024 03:55 PM | Show all posts
97,866 peminjam Mara disenarai hitam

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... ra-disenarai-hitam/

Oleh ZULKIFLI MANZOR
24 Oktober 2024, 3:13 pm


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 97,866 daripada 197,348 peminjam aktif bagi pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (Mara) disenarai hitam kerana gagal membayar ansuran pinjaman dalam tempoh tiga bulan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, tindakan menyenarai hitam peminjam terbabit sebagai langkah pengukuhan kepada pembayaran pinjaman Mara.

Beliau namun menjelaskan, tindakan senarai hitam terhadap peminjam berkenaan terangkum dalam pengurusan Mara saja, tidak membabitkan agensi lain.

“Walaupun ibu bapa dalam senarai hitam, tetapi rundingan boleh
dilaksanakan. Mara ambil pelbagai kaedah asal bayar, maksudnya jumlah dan ansuran itu boleh dikurangkan.

“Pinjaman ibu bapa itu tidak semestinya bayar keseluruhan, bayar tunggakan saja dan ia satu proses yang mudah,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai jumlah peminjam yang disenarai hitam dan langkah untuk melonggarkan syarat pinjaman bagi ibu bapa yang disenarai hitam.

Menjawab soalan asal, Rubiah memaklumkan, setakat 23 September 2024, seramai 96,857 pelajar menerima kemudahan tajaan pinjaman pelajaran Mara di dalam dan luar negara.

“Dalam negara seramai 90,919 pelajar, manakala luar negara seramai 5,938 pelajar,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 04:17 PM | Show all posts
I dah kena senarai hitam sbb jadi penjamin. lepas nie jgn harap nak tolong org kampung / sedara mara. itu sbb aku malas nak duduk dgn B40. x kenang budi dan pertolongan org
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 04:48 PM | Show all posts
Edited by fish at 24-10-2024 05:11 PM

kesian anak2 yg jd mangsa atas kesalahan ibu/bapa.
kalau tak salah aku, nak minta cth MRSM, UiTM yg under MARA pun tak boleh dpt sbb ibu/bapa disenarai hitam.
yg lg sadis, dah bercerai, anak2 ibu yg jaga, bapa nafkah pun culas. last2 anak yg kena terima akibatnya sbb bapa tak guna.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.163485 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list