View: 37944|Reply: 1
|
Ribut Tropika Trami: Kelajuan angin meningkat sehingga 28 Oktober
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan Ribut Tropika Kuat Trami sedang aktif di Laut China Selatan dan dijangka bergerak ke barat menghala ke Vietnam.
Menerusi kenyataan MetMalaysia, keadaan tersebut menyebabkan peningkatan kelajuan angin di rantau negara sehingga 28 Oktober ini.
“Ia juga berpotensi membawa hujan berterusan di barat Sabah serta pembentukan garis badai di utara dan Pantai Timur Semenanjung dalam tempoh tersebut.
“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi negeri Sabah dan Labuan berkuat kuasa sehingga esok.
“Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi Laut China Selatan dan Laut Sulu berkuat kuasa sehingga 27 Oktober,” katanya hari ini.
Sehubungan itu, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Vietnam baru ni kan dah kena taufan yagi. Kali ni dijangka taufan trami pulak melanda. Kesian diorang berturut2 ditimpa musibah bencana alam. Moga baik2 saja untuk diorang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|