CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40085|Reply: 1

[Johor] Akif-Zarr kini dirawat di HSA, terima kasih rakyat Malaysia

[Copy link]
Post time 28-10-2024 10:36 PM | Show all posts |Read mode

AKIF-ZARR Ukasyah. FOTO Ihsan Shuhaimi Abdul Kadir

Johor Bahru: "Terima kasih rakyat Malaysia atas sumbangan dan doa, anak saya kini sudah dibawa pulang dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini."

Begitu kata ibu kepada Akif-Zarr Ukasyah, 28, yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Nasional (NUH) Singapura selepas terbabit dalam kemalangan di Singapura, 17 Oktober lalu.

Ku Amazon Tuan Yusof, 56, berkata, dia dan keluarga bersyukur apabila hasratnya untuk memindahkan anak keduanya ke HSA, di sini, dari NUH Singapura akhirnya tercapai.

Menurutnya, Akif dibawa pulang pada petang Jumaat lalu menaiki ambulan yang ditaja Muslim Care Malaysia (MCM).

"Alhamdulillah, anak saya telah selamat dibawa pulang selepas kos rawatan lebih kurang 50 peratus diselesaikan hasil kutipan derma orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO).



"Bil perubatannya mencecah kira-kira S$110,537.60 bersamaan hampir RM364,466. Alhamdulillah dengan sumbangan orang ramai, 50 peratus daripada bil perubatan itu dapat dibayar.

"Baki bil perubatan selebihnya difahamkan akan dibayar syarikat tempat Akif bekerja di Singapura selepas perbincangan dilakukan bersama pihak kedutaan dan NGO di sana," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurut Ku Amazon, doktor memaklumkan anaknya mungkin mengambil masa lama untuk berjalan semula akibat tulang belakangnya patah.

Katanya, doktor di NUH sudah menjalankan pembedahan penting untuk tulang belakang.

"Saya dimaklumkan doktor akan membuat dua lagi pembedahan, namun tidak dapat dilakukan atas faktor paru-paru Akif yang cedera selain pertukaran matawang.

"Tulang rusuk Akif patah banyak dan mencucuk paru-paru yang menyebabkan pendarahan atau kata lain bocor. Malam ketiga di NUH, oksigen Akif merosot sehingga 30 peratus.

"Tetapi, Alhamdulillah berkat doa rakyat Malaysia, doktor berjaya selamatkan Akif. Sekarang ini rawatan kepada paru-paru Akif," katanya yang berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah di Kelantan.

Ku Amazon berharap kesihatan anaknya bertambah baik di HSA dan dapat segera dibawa pulang untuk meneruskan rawatan di Kelantan.

"Kami berharap Akif dapat dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pula. Apa-apa pun, ia bergantung kepada nasihat doktor dan keadaan kesihatan Akif.

"Di sini kami menumpang di rumah kawan Akif di Gelang Patah dan berulang-alik ke HSA setiap hari," katanya.

Pada Rabu, media melaporkan sebuah keluarga merayu bantuan membiayai kos rawatan Akif di ICU, NUH Singapura.

Ia selepas Akif yang dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari tempat kerja digilis sebuah motosikal berkuasa tinggi selepas terjatuh dari motosikalnya kerana cuba mengelak kemalangan lain.

Akif yang bekerja sebagai penyelia syarikat makanan dan minuman (F&B) di Singapura yang baru mendirikan rumah tangga, mengalami kecederaan serius tulang belakang, patah tangan kiri selain pendarahan dalaman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 08:19 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh dan dipermudah urusan keluarga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.047475 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list