View: 47306|Reply: 8
|
[Tempatan]
Permohonan maaf Najib harus diterima oleh sesiapa sahaja – Ahmad Zahid Hamidi
[Copy link]
|
|
Permohonan maaf Najib harus diterima oleh sesiapa sahaja – Ahmad Zahid
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... sahaja-ahmad-zahid/
Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
28 Oktober 2024, 9:14 pm
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia Madani di Putrajaya petang tadi. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!
PUTRAJAYA – UMNO menyifatkan permohonan maaf yang dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus diterima oleh sesiapa sahaja.
Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seseorang pemimpin yang baik harus menerima permohonan maaf itu dan UMNO berpendirian bahawa Najib telah dipengaruhi salah oleh seseorang atau sekumpulan individu.
“Perkara (permohonan maaf) ini harus diambil satu keprihatinan dan kita jangan terus prasangka dan lemparkan pelbagai taksiran tentang perkara itu.
“Kenyataan (permohonan maaf) itu dikeluarkan selepas keterangan saksi-saksi dimahkamah dan hanya disedari Najib selepas saksi berkenaan memberi keterangan,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia MADANI di sini, hari ini.
Sebelum ini, Najib membuat permohonan maaf berhubung salah laku dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibacakan oleh anaknya Datuk Mohamad Nizar.
Dalam kenyataan itu, Najib menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 29-10-2024 03:20 AM
Permohonan maaf boleh saja diterima spt permaafan zahir dn bathin. Ttpi bukan bererti menerima pengakuan bersalah harus meredhakan kemudian melepaskan kesalahan. Tengok jenis kesalahannya jugalah. Kalau kesalahannya berat, menjadi tanggungan dn merugikan negara, no way laa kan. Nor fair tentunya bila rakyat pula harus menanggung dn memikul beban angkara.
Soal Najib tak sengaja, tak sedar buat khilaf, itu bukan masalah rakyat or rakyat boleh kata "that's not our prolem. U did it, so now U have to face the consequences". Bukan sikit2 pulak duitnya tu. Semoga keadilan dapat ditegakkan dn institusi mahkamah terpelihara. Hargailah kerja keras mereka: tuan hakim, pendakwaraya, saksi2 yg berdebar2 disidangkan jgn sampai disia2kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Jasa dan bakti yang diberikan oleh pemimpin masyarakat terus dilupakan disebabkan satu kesalahan yag belum pasti dibuat olehnya. Kuasa menghukum sekarang bukan ditangan mahkamah secara literal tetapi telah dihukum secara total oleh rakyat negara hanya bersandarkan keterangan dan bual bicara di media sosial.
Oleh itu, sekarang wajar pemimpin jangan tunjukkan kepimpinan yang telus dan berintegriti kerana disebabkan oleh setitik kesilapan, ia terus dihukum mati oleh rakyat tanpa belas kasihan. |
|
|
|
|
|
|
|
He is sorry bcause he got caught.
Kalau tak tumbang entah2 sakau lagik... zaman dulu mana org tahu kes cuci meyunci ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
eh memandai je nak suh org accept.
hak dia meminta maaf, hak org utk memaafkan. motip main sentimen "harus menerima"??
yg bg statement pun sama naik je keji |
|
|
|
|
|
|
|
Wak tak nak mintak mahap juga kah? |
|
|
|
|
|
|
|
bukannya budak2 nak "terpengaruh" begitu senang, dah tua bangka. Dahlah pangkat besar perdana menteri pulak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa hak jahid nak mengharuskan org maafkan ajib? Kalau mudah tertipu, tidak tahu menahu langsung berlakunya salah laku tak wajar dipilih sbg pemimpin sbb utk jd pemimpin seharusnya peka. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mcm bunga2 nak sucikan jahh... |
|
|
|
|
|
|
| |
|