CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46861|Reply: 0

[Tempatan] Naikkan gaji minimum tindakan berani, cermin tekad Kerajaan Perpaduan - PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 28-10-2024 11:08 PM | Show all posts |Read mode
Naikkan gaji minimum tindakan berani, cermin tekad Kerajaan Perpaduan - Anwar

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aan-perpaduan-anwar

BERNAMA

Disiarkan pada: Oktober 28, 2024 @ 6:15pm



ANWAR berucap di Majlis Peluncuran Residensi MADANI Putrajaya di Presint 7 Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Putrajaya: Tindakan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan tekad politik Kerajaan Perpaduan yang jelas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menyifatkan tindakan menaikkan kadar baharu itu juga sebagai berani, kerana tiada sebarang keputusan dapat dicapai sekiranya hanya menunggu kata putus daripada pihak syarikat.

"Kalau saya tanya syarikat, tidak akan ada keputusan, mustahil dapat keputusan. Jadi saya bincang dengan kawan-kawan Jemaah Menteri, prestasi negara amat baik, pelaburan yang masuk cukup memberangsangkan, dan sebuah negara yang makmur tidak boleh ada layanan sebegini kepada pekerja kita.

"Kita naik (gaji minimum) dari RM1,500 kepada RM1,700," katanya dalam majlis pelancaran pembangunan perumahan Residensi MADANI Putrajaya di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.160266 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list