CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10771|Reply: 0

[Sabah] PN sedia letak calon PRN Sabah

[Copy link]
Post time 4-11-2024 04:22 PM | Show all posts |Read mode


HADIR: Ronald (tiga kanan) ketika hadir Persidangan Tahunan BERSATU Bahagian Beluran, baru-baru ini.

PAITAN: Perikatan Nasional (PN) akan bertanding dan meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Pengerusi PN Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pihaknya juga bersedia untuk mencabar mana-mana parti yang bertanding pada PRN depan di beberapa kawasan.

Bagaimanapun, katanya, bilangan kerusi yang akan ditandingi PN pada PRN Sabah ke-17 belum ditetapkan kerana masih menilai kekuatan parti di semua peringkat serta kawasan pilihan raya.

“Kita akan membuat keputusan kerusi yang akan ditandingi dan kami yakin PN tentunya akan memberi impak politik dalam PRN Sabah nanti,” katanya.

Ronald yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah berkata, parti ini berjaya dibina semula di Sabah dengan 22 bahagian di negeri itu kembali aktif.

“Walaupun dikosongkan sebelum ini, tetapi saya gembira sebahagian besar pemimpin yang muncul selepas mereka ini (keluar parti) adalah dalam kalangan anak muda.

“Anak muda ini percaya bahawa Sabah perlu dilihat daripada perspektif nasional bukan naratif politik iaitu Sabah for Sabahan atau Sabah based parti,” katanya.
Ronald berkata demikian ketika ditemui media pada Persidangan Tahunan BERSATU Bahagian Beluran, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata rakyat Sabah bijak dan matang menilai politik Sabah, walaupun sebahagian besar parti Sabah membawa naratif ‘Sabah for Sabahan atau Sabah based party’.

“Namun, naratif yang sekian lama di bawa sebahagian besar pemimpin Sabah itu tidak begitu dicerminkan dalam keputusan piihan raya sebelum ini,” katanya.
Katanya, naratif Sabah for Sabahan itu hakikatnya dicipta hanya untuk kepentingan politik parti berkenaan.

“Sebahagian besar daripada masalah di Sabah adalah temurun antaranya jalan raya, elektrik, air dan ini masalah di bawah kementerian di Persekutuan.

“Justeru, kita harus mengangkat masalah Sabah ke peringkat nasional dan menanganinya daripada perspektif nasional itu yang penting.

“Sabah memerlukan pemimpin yang mampu mengangkat martabat negeri serta masalah ke peringkat nasional untuk penyelesaian terbaik dan bukan hanya membawa naratif politik kenegerian,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 1.509156 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list