CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9934|Reply: 0

[Sabah] Kerjasama majikan-KWSP beri manfaat, impak sosial dan kemasyarakatan

[Copy link]
Post time 4-11-2024 04:53 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Yazid mewakili Robert merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang diraikan pada Majlis Apresiasi Rakan Strategik Dan Majikan Prihatin KWSP yang diadakan di Keningau.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik menyambut baik kerjasama organisasi serta majikan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Keningau dalam Majlis Apresiasi Rakan Strategik Dan Majikan Prihatin (Caruman Voluntary Excess) KWSP yang diadakan.

Mengulas lanjut Robert berkata, majlis yang diadakan itu bukan sahaja penting tetapi juga secara tidak langsung berupaya mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara organisasi.

Katanya, ia bukan sahaja untuk memberi pengiktirafan semata-mata malah ia dapat meningkatkan sinergi untuk program dan inisiatif akan datang.

"Majlis sebegini juga merupakan platform untuk membina jaringan baharu dan memperluas hubungan antara semua pihak yang hadir malam ini.

"Ambil peluang untuk saling suai kenal, bertukar-tukar dan berkongsi pendapat serta kenalpasti peluang-peluang kerjasama yang boleh memberi manfaat dan berimpak tinggi terhadap sosial dan kemasyarakatan, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Rakan Strategik Dan Majikan Prihatin (Caruman Voluntary Excess) KWSP Keningau Tahun 2024 yang diadakan di salah sebuah hotel dekat sini, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor, Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles mewakili Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor.

Dalam perkembangan berkaitan, Robert berkata Keningau kini berada dalam arus pembangunan dan pelbagai usaha telah, sedang dan akan dijalankan bagi memastikan masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam menikmati kemajuan dan keharmonian.

"Kesejahteraan rakyat sentiasa di hati dan di jiwa. Saya mengalu-alukan usaha untuk merapatkan lagi hubungan di antara jabatan dan agensi kerajaan bagi menjayakan aspirasi Malaysia Madani dan juga hala tuju Sabah Maju Jaya sekaligus menjayakan agenda ‘Bingkor Membangun Bersama Rakyat’.

"Pelbagai usaha berterusan dan projek secara berperingkat telah, sedang dan akan dirancang ke arah meningkatkan kualiti kehidupan penduduk.

"Pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan sosial sentiasa ditambah baik sehingga rakyat benar-benar memiliki landskap kemajuan sebenar.

"Namun, semua ini tidak mustahil untuk dicapai sekiranya rakyat saling bekerjasama dan menyokong dasar-dasar kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun pusat agar semua perancangan berjalan lancar dan berkesan, " katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047070 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list