CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23531|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan sedang memuktamadkan NCAAP 2025-2040 tangani cabaran berkaitan kualiti udara

[Copy link]
Post time 4-11-2024 10:41 PM | Show all posts |Read mode


Huang (tiga kiri) mengiringi Dr Sim semasa melawat pameran sempena AAC hari ini. -Gambar Kong Jun Liung

KUCHING: Kerajaan persekutuan sedang memuktamadkan Pelan Tindakan Udara Bersih Kebangsaan (NCAAP) 2025-2040 bagi menangani cabaran berkaitan kualiti udara.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, pelan ini direka bagi meningkatkan kualiti udara di Malaysia dan berfungsi sebagai dokumen panduan yang bertujuan memacu usaha yang bersatu dan menyeluruh ke arah mencapai kualiti udara lebih baik.

“Pembangunan NCAAP 2025-2040 melibatkan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, sektor swasta, pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan dan sebagainya,” kata beliau.

Huang berkata demikian pada Majlis Perasmian Persidangan Aerosol Asia (AAC) Ke-13 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Huang, NRES mengamalkan pendekatan yang bercita-cita tinggi untuk mencapai sifar bersih pelepasan gas rumah hijau (GHG) menjelang 2050.

Dalam hal ini, kementeriannya sedang memuktamadkan Strategi Pembangunan Pelepasan Rendah Jangka Panjang (LT LEDS) untuk membimbing Malaysia mencapai sasaran itu.

Selain itu, kita (NRES) juga sedang (memuktamadkan) Peta Jalan Sumbangan yang Ditentukan di Peringkat Nasional (NDC) untuk merangka laluan pengurangan pelepasan dan mengurangkan 45 peratus GHC ekonomi secara keseluruhan menjelang 2030 berbanding tahap tahun 2005.

“Peta hala tuju ini akan membantu mengenal pasti sektor dan pihak berkepentingan tertentu untuk melaksanakan inisiatif pengurangan pelepasan gas rumah hijau bagi menyumbang kepada pencapaian dan sasaran NDC Malaysia,” ujarnya.

Mengenai AAC 2024, Huang berkata, persidangan ini menyediakan platform untuk menekankan keperluan kritikal bagi pendekatan holistik dalam menangani cabaran berkaitan aerosol merentasi bidang sains, teknologi, dasar dan amalan.

“AAC 2024 adalah platform penting untuk berkongsi pengetahuan, bertukar kepakaran dan berkongsiksn penemuan penyelidikan terkini dalam sains aerosol.

“Dengan penyelidikan yang berterusan dan kerjasama dalam kalangan saintis, penggubal dasar dan rakan antarabangsa, Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk menempa kemajuan yang signifikan dalam memahami termasuk mengurus isu-isu kompleks yang berkaitan dengan aerosol,” katanya.

Terdahulu, lebih 400 pakar terdiri daripada saintis, pemimpin industri, agensi kerajaan dan penggubal dasar dari 36 negara menghadiri persidangan ini yang berlangsung dari 3 hingga 7 November.

Bertemakan Mensinergikan Sains, Teknologi, Dasar dan Amalan Aerosol Ke Arah Penyelesaian Mampan, AAC 2024 dianjurkan Pertubuhan Forum Udara Bersih Malaysia (MyCAS) dan Aerosol Research Assembly (AARA).

Persidangan ini akan menampilkan 23 pembicara terkemuka dari Australia, Greece, Turki, Taiwan, Indonesia, Filipina, China, Singapura, Jepun, United Kingdom dan Malaysia.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.054063 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list