CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27544|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki selamat, kereta dipandu terbakar selepas kemalangan

[Copy link]
Post time 4-11-2024 10:48 PM | Show all posts |Read mode




Pasukan bomba berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan kereta dipandu mangsa sejurus terbabit dalam kemalangan kendiri di Batu 34, Jalan Bintulu-Miri malam semalam.

BINTULU: Seorang lelaki berumur 32 tahun sempat keluar menyelamatkan diri setelah kereta dipandunya terbakar sejurus terbabit dalam kemalangan kendiri di kawasan Batu 34, Jalan Bintulu-Miri malam semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan kira-kira jam 8.51 malam.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah kereta terbakar di tepi jalan selepas hilang kawalan lalu terbabas," katanya.

Pasukan bomba kemudian bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran air dari pam jentera pemadam.

Setelah hampir dua jam memadam kebakaran itu api akhirnya berjaya dikawal jam 9.45 malam.

"Mujurlah kebakaran itu tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana mangsa berjaya keluar dari keretanya tanpa mengalami sebarang kecederaan," jelasnya.

Setelah api dipadam sepenuhnya dan tiada berlaku kebakaran berulang, pasukan bomba menamatkan operasi dan bertolak balik ke balai.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.337617 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list