CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43917|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan persekutuan fokus bangunkan luar bandar

[Copy link]
Post time 4-11-2024 11:33 PM | Show all posts |Read mode


Ketibaan Ahmad Zahid disambut dengan penuh adat istiadat pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Enteri Lengkoi, Samu, Ulu Paku, Spaoh, Betong hari ini.

BETONG: Kerajaan persekutuan akan terus memberikan sepenuh tumpuan dan fokus untuk membangunkan kawasan desa dan luar bandar.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini termasuk memantapkan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya yang menyambungkan kawasan luar bandar dan bandar.

"Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kerajaan akan meneruskan projek yang telah dirancang dan memastikan ia dilaksanakan dengan jayanya, sebelum memasuki RMK13 bagi aktiviti pembangunan yang baharu.

"Namun pada masa kini, perkara yang paling penting adalah jalinan hubungan yang baik di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri kerana ia mampu memberikan kesefahaman yang baik dalam pentadbiran," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus selesai menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Enteri Lengkoi, Samu, Ulu Paku, Spaoh di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Abdul Rahman Junaidi.

Sementara itu, Ahmad Zahid menyeru penduduk luar bandar untuk mengusahakan tanaman halia yang mampu menjana pendapatan tinggi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, halia diperlukan dalam pembuatan produk kosmetik dan farmaseutikal di luar negara.

Menurutnya, hasil rundingan dengan sebuah syarikat multinasional, sepuluh kontena halia perlu dibekalkan setiap bulan.

"Sebanyak 10 kontena sebulan, tetapi kita tidak ada kemampuan dari segi pengeluaran.

"Mungkin setakat ini satu dua kontena sahaja, tetapi itu tidak mencukupi. Mereka memerlukan satu jumlah yang banyak," katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapannya pada majlis itu melontarkan cabaran kepada penduduk Betong agar menghasilkan sepuluh kontena halia sebulan untuk dieksport ke luar negara.

KKDW katanya, telah merancang untuk melaksanakan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) di Betong dengan penanaman halia dan penternakan ayam kampung sebagai fokus.

"PROSPEK akan membawa manfaat besar kepada penduduk desa. Ia mengoptimumkan pembangunan di perkampungan sedia ada melalui tiga komponen utama ekonomi, prasarana asas dan perumahan.

"Kita gembira melihat 19 PROSPEK sedang dilaksanakan di seluruh negara, dengan 14 projek sambungan dan lima projek baharu pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM22 juta," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.045655 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list