MOU: Ewon dan Majid menyaksikan pemeteraian MoU di antara SME Corp yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Rizal Nainy dengan wakil Monsha'at pada majlis itu.
KOTA KINABALU: Perjanjian Persefahaman (MoU) yang dimeterai di antara dua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan agensi di bawah Pihak Berkuasa Am Perusahaan Kecil dan Sederhana Kerajaan Arab Saudi (Monsha’at) perkukuh kerjasama strategik sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kedua-dua pihak.oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Menteri Perdagangan Arab Saudi Dr Majid Abdullah Al-Kassabiah di Riyadh, Arab Saudi.
Ewon berharap kerjasama yang terjalin itu lebih kukuh dan dapat dibangunkan di antara agensi kedua-dua kementerian serta kedua-dua kerajaan dan juga sesama perusahaan dari kedua-dua negara.
Beliau turut menyempurnakan pembukaan Pavilion Malaysia sempena BIBAN24 yang melibatkan sebanyak 30 syarikat PKS, francais dan koperasi dari Malaysia sepanjang lima hari ekspo itu.
KERJASAMA: Wakil PERNAS memeterai MoU dengan wakil Monsha'at sambil disaksikan oleh Ewon dan Majid.
Katanya, usahawan yang menyertai pameran itu adalah usahawan yang dibangunkan oleh agensi-agensi KUSKOP iaitu SME Bank, SME Corp, PERNAS, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan juga Malaysian Franchise Association (MFA).
“Ini adalah peluang terbesar usahawan-usahawan, syarikat-syarikat francais Malaysia menyertai pameran perniagaan PKS terbesar di Arab Saudi seterusnya merebut peluang meluaskan pasaran atau mengeksport produk mereka di Timur Tengah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ewon bersama delegasi KUSKOP mengadakan lawatan kerja selama dua hari di Riyadh, Arab Saudi.
|