View: 37456|Reply: 0
|
[Johor]
Penubuhan JTDC jadikan Johor negeri pertama tawar gaji premium sehingga RM5,000 - TMJ
[Copy link]
|
|
Johor bakal menjadi negeri pertama yang menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi, titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. - Foto Instagram The Royal Johor
JOHOR BAHRU: Johor bakal menjadi negeri pertama yang menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi, titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Ringkasan AI- Gaji Premium untuk Pekerja Berkemahiran Tinggi: Johor akan menjadi negeri pertama yang menawarkan gaji premium bermula RM4,000 hingga RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC).
- Kerjasama Ekonomi dan Pelaburan: Johor Plantations Group Berhad (JPG) bekerjasama dengan Fuji Oil Asia Pte Ltd dari Jepun untuk membina kilang penapisan minyak sawit bernilai RM500 juta. Selain itu, Johor mempromosikan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) kepada 83 syarikat di Korea Selatan, dengan pelaburan strategik bernilai AS$190 juta.
- Peningkatan Peluang Pekerjaan dan Pelancongan: Projek-projek baru ini dijangka mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Johor. Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim akan dinaik taraf untuk menambah nilai pelancongan di Johor Bahru.
Melalui perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, baginda berkata perkara itu akan direalisasikan menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan pada 3 November lepas.
Selain itu, titahnya lagi, Kerajaan Negeri Johor menerusi Johor Plantations Group Berhad (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd untuk membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusus di negeri ini, membabitkan nilai pembangunan awal berjumlah RM500 juta.
“Kerajaan Negeri Johor turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di Korea Selatan untuk mempromosikan inisiatif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan bakal membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira AS$190 juta ke negeri ini.
“Projek-projek baharu ini dijangka akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor dalam beberapa tahun yang akan datang,” titah baginda lagi.
Pada 4 November, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, penubuhan JDTC bakal bertindak sebagai hab sehenti yang menghubungkan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri dan pencari kerja.
"JTDC juga pemangkin ke arah penyelarasan program latihan supaya mengikut keperluan industri, sekali gus memastikan graduan TVET mendapat peluang pekerjaan berkualiti dan mempromosi pembangunan kemahiran berteknologi tinggi," katanya.
Ahmad Zahid berkata sebanyak 100,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi sedang disediakan kerajaan Johor susulan kewujudan beberapa zon ekonomi termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) tidak lama lagi.
Dalam pada itu Tunku Mahkota Ismail bertitah, Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan akan dinaik taraf sebelum dibuka kepada umum sebagai usaha menambah nilai pelancongan di Johor Bahru.
“Kedua-dua Bangunan Sultan Ibrahim dan Istana Besar Johor mempunyai pelbagai sejarah Johor sejak abad ke-19,” titah baginda lagi.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penubuhan-jtdc-jadikan-johor-negeri-pertama-tawar-gaji-premium-sehingga-rm5000---tmj-494942
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|