CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40857|Reply: 0

[Johor] Lebuhraya WCE (Banting-Gelang Patah) bawa limpahan ekonomi

[Copy link]
Post time 10-11-2024 12:39 PM | Show all posts |Read mode

LEBUHRAYA Pesisiran Pantai (WCE). FOTO Arkib NSTP

Pontian: Pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai (WCE) dari Banting, Selangor ke Gelang Patah, di sini, merentasi Pontian bakal memberi manfaat dan limpahan ekonomi kepada penduduk di jajaran berkenaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia termasuk pelebaran dan penambahbaikan jalan bagi memudahkan capaian pengguna ke kawasan sepanjang jajaran serta meningkatkan pelancongan setempat.

Menurutnya, limpahan ekonomi setempat juga dijangka berkembang dengan penawaran pekerjaan baharu termasuk pembukaan hentian rehat dan rawat di beberapa kawasan.

"Sebagaimana yang sudah berlaku di utara seperti di Teluk Intan sampai ke Bagan Datuk terus ke Tanjung Karang, dan juga Sabak Bernam, Sungai Besar sampai ke Banting.

"WCE pula akan disambung ke selatan. Jadi, apabila WCE melalui pelbagai kawasan serta daerah termasuk Pontian, jalan raya di daerah ini mungkin akan menjadi empat lorong bagi menampung pertambahan dan peningkatan kenderaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Malaysia Iconic Rally Championship 2024 di Pusat Perdagangan Pontian, di sini, petang semalam.

Pada pembentangan Belanjawan 2025 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan projek Lebuhraya WCE dari Banting-Gelang Patah, mengguna pakai pendekatan Kerjasama Awam Swasta (PPP) akan diberi keutamaan tahun depan.

Ketika ini, satu-satunya lebuh raya yang menghubungkan Johor ke Lembah Klang bagi pengangkutan darat seperti lori, bas, kereta dan motosikal adalah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang mula dibuka sejak 1994.
sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.238145 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list