CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58543|Reply: 0

[Sabah] Belanjawan Sabah 2025 'luar biasa', merangkumi pelbagai insentif bermanfaat

[Copy link]
Post time 17-11-2024 07:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-11-2024 11:21 PM



MOHD SHAHRIL
KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Beaufort, Mohd Shahril Osin menyifatkan Belanjawan Sabah 2025 sebagai satu belanjawan yang cukup 'luar biasa' kerana merangkumi pelbagai insentif yang cukup bermanfaat untuk rakyat.


Ini kerana katanya, belanjawan yang dibentangkan itu lebih ke arah kemakmuran sesuai dengan temanya, 'Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera' yang mana kerajaan tekad untuk membasmi kemiskinan dengan melaksanakan pelbagai insentif bagi membantu golongan sasar agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan terutama sekali dari aspek taraf hidup, kebajikan dan juga ekonomi.


Hasil kerjasama politik yang stabil, kerajaan telah merangka banyak program berimpak tinggi dengan harapan ia dapat menyumbang ke arah Sabah yang lebih maju dan mampan serta secara tidak langsung mengangkat kualiti hidup semua lapisan rakyat.


"Dengan matlamat untuk memastikan golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini tidak ketinggalan dalam arus pembangunan, kerajaan menyediakan peruntukan RM358.5 juta bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat dalam kategori itu sebanyak RM300 sebulan selama setahun melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat.


"Jumlah itu sudah pasti dapat mengurangkan sedikit beban mereka akibat kos sara hidup yang tinggi memandangkan golongan itu tidak mempunyai pendapatan yang tetap namun berdepan dengan kenaikan harga barangan, " katanya.


Mohd Shahril turut menyambut baik insentif dalam bentuk bantuan secara 'one-off' yang diberikan kepada peniaga kecil tepi jalan sebanyak RM5,000 yang dilihat dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan masing-masing bagi membolehkan mereka menjana lebih banyak pendapatan.


"Suntikan itu bukan sahaja satu 'sentuhan' yang cukup prihatin oleh Kerajaan Negeri tetapi juga menjadi pendorong kepada peniaga untuk memajukan perniagaan bagi menarik lebih ramai pelanggan.


"Saya yakin dan percaya setiap program yang dilaksanakan itu akan memberi kesan yang cukup positif yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang lebih rancak dan berdaya saing, " katanya.


Walaupun belanjawan kali ini kearah kesejahteraan rakyat, Kerajaan Negeri juga tidak melupakan kakitangan awam negeri yang banyak menyumbang menjayakan program dan agenda kerajaan kerana mereka merupakan nadi utama jentera dan pentadbir perkhidmatan kerajaan.


"Lihatlah betapa prihatinnya kerajaan kerana bukan sahaja semua anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah akan mendapat Bayaran Bantuan Khas Kewangan tetapi juga kakitangan yang berstatus Kontrak, Vot Terbuka dan Pekerja Sambilan Harian.


"Dianggarkan hampir 19,000 kakitangan awam negeri akan mendapat Bantuan Khas Kewangan itu sebanyak sebulan gaji atau minimum RM3,000 yang akan dibayar pada Januari 2025.


"Mudahan Bantuan Khas Kewangan ini akan memberi suntikan semangat kepada kakitangan awam negeri untuk terus memberikan perkhidmatan yang lebih baik sekaligus membantu kerajaan menjayakan program dan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Sabah, " katanya.




https://www.utusanborneo.com.my/2024/11/16/belanjawan-sabah-2025-luar-biasa-merangkumi-pelbagai-insentif-bermanfaat-mohd-shahril

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.039924 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list