Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh tingkat lapan bangunan sekolah
Oleh Zuhainy Zulkiffli - November 19, 2024 @ 7:39am [email protected]
Lokasi kejadian pelajar perempuan tingkatan dua yang dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sekolahnya di Jelutong. - Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli
GEORGETOWN: Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, di sini, semalam.
Difahamkan, pihak sekolah menghubungi ambulans selepas menemukan mangsa yang tidak sedarkan diri di bawah bangunan sekolah itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad mengesahkan menerima laporan berhubung kematian remaja berkenaan.
"Polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) berhubung kematian pelajar itu pada jam 5.57 petang.
"Siasatan pihak polis di lokasi kejadian dan pada badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah," katanya dalam kenyataan media, tengah malam tadi.
Mengulas lanjut Abdul Rozak berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Polis juga membuka laporan mati mengejut bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.
"Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes sehingga boleh menjejaskan siasatan pihak polis serta menularkan gambar atau video lokasi kejadian bagi menghormati perasaan waris mangsa," katanya lagi.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1325762/pelajar-tingkatan-dua-maut-terjatuh-tingkat-lapan-bangunan-sekolah
|