CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29841|Reply: 5

LPT3: Kos projek kini dianggar RM9.8 bilion berbanding RM2.8 bilion pada 2009

[Copy link]
Post time 19-11-2024 11:08 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Kos bagi cadangan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) dari Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong di Kota Bharu, Kelantan dijangka meningkat kepada RM9.8 bilion berbanding kos yang dianggar pada 2009 sebanyak RM2.867 bilion.


Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata peningkatan kos itu disebabkan model pembiayaan yang digunakan bagi pembinaan lebuh raya itu adalah berdasarkan pulangan keuntungan melalui kutipan bayaran tol.


"Untuk LPT1 kosnya RM1.477 bilion dari Karak ke Jabor dan tol yang dikenakan hanya untuk penyelenggaraan. Untuk LPT2 yang dibuka pada 2015, kosnya RM4.37 bilion dari Jabor ke Kuala Telemong dan tol (dikenakan) 9.84 sen per kilometer (km), itu hanya untuk penyelenggaraan.


"Dengan lain perkataan, LPT1 dibuat sepenuhnya menggunakan wang kerajaan Persekutuan manakala LPT2 juga wang kerajaan Persekutuan. LPT3 yang dicadangkan ini pula ia adalah kaedah tol sepenuhnya, itu sebab kosnya RM9.8 bilion atau 60 sen per km dan kos (tol) hujung ke hujung RM70," katanya menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) berhubung kaedah pembiayaan projek LPT3 pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.


Menjawab soalan asal Shaharizukirnain berhubung keputusan mesyuarat Jemaah Menteri berkenaan pembinaan LPT3, Ahmad berkata pelaksanaan permintaan cadangan (RFP) bagi LPT3 sedang diteliti di Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS JPM).


"Sekiranya dipersetujui jawatankuasa di UKAS JPM, cadangan RFP bagi projek LPT3 akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan kelulusan," katanya.


Ditanya berhubung faktor yang menyebabkan kajian awal pada 2009 tentang jajaran lebuh raya tersebut perlu dikaji semula, Ahli Parlimen Pontian itu berkata ia bagi memperincikan semula jajaran dan kos bagi cadangan projek itu yang dicadang dilaksanakan secara kerjasama awam swasta (PPP) melalui bidaan bersaing RFP.


"Mengambil kira tempoh kajian kemungkinan yang dilaksanakan sebelum ini iaitu 15 tahun yang lepas, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan kerja awalan pada 2020 bagi memperincikan semula jajaran dan kos," katanya.


KKR telah melaksanakan Kajian Kemungkinan LPT3 pada 2009 yang bertujuan untuk menentukan cadangan jajaran lebuh raya tersebut berdaya maju dari aspek teknikal mahupun ekonomi dengan kos projek pada waktu itu dianggarkan RM2.867 bilion.


Sumber- Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 03:50 AM | Show all posts
so dulu tu sebab apa dapat lagi murah sekarang dah mahal?

ke dulu sbb banyak yg sakau tapiiiii sekarang ni dah bersih tu sbb dia makin mahal?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
maju dah sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
pembangunan utk masa depan our kids
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
bile nak siap
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
"salah najib,wan & debby"-Tripleid
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.067429 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list